Akak dah tak penting lagi. Suami balik gomol 3 Bulus dulu. Nama mancho tapi manja teruk.
Namun karekter ‘tentera’ yang seekor ini cukup berbeza.
Kita lebih sinonim dengan perawakan anggota tentera yang maskulin dan agak tegas. Anggota tentera kebiasaannya cukup sinonim dengan karekter mereka yang gar4ng serta tegas. namun disebalik semua itu dihati sebenarnya masing2 mempunyai sisi yang sangat berbeza. yelah… rambut sama hitam… tapi hati lain2.
Menurut Zafirah Zainoddin, 35, kehadiran Army menyebabkan dia kini jatuh di tangga kedua dalam hati suaminya, Faizul Rashid, 30, yang bertugas sebagai seorang anggota tentera.
“Kalau abah dia nak pegi kerja kena cium, timang-timang dulu,” begitulah luahan hati pemilik seekor kucing kampung yang diberi nama Army.
“Asalnya akak ada empat ekor, Army, Navy, Airforce dan Marine, semua kucing ni akak jumpa, Army akak jumpa masa duduk dekat Kem 15 (Kem Senawang) sama dengan Navy tapi Navy umurnya tak panjang, mati sebab kena virus Feline infectious peritonitis.
Zafirah yang sering berkongsi video gelagat mencuit hati Army dengan suaminya di akaun TikTok berkata, dia mempunyai empat ekor kucing yang kesemua namanya mempunyai kaitan dengan Angkatan Tenter4 Malaysia (ATM).
Menurut Zafirah, hubungan akrab Army dan suaminya membuatkan kucing kesayangan mereka itu sering mencari ‘abahnya’ setiap kali Faizul keluar bertugas.
“Lepas tu akak ambil Airforce, usia tujuh bulan. Akak ambil dekat rumah makcik, last sekali Marine masa umur dia tiga bulan, akak jumpa masa balik dari ambil v4ksin, dia tengah duduk bawah tayar kereta.
“Malam-malam nak abah, tidur pun atas dada abah, lepas tu kuat mengadu.
“Kalau abah dia duty dia cari, dia keluar masuk bilik… macam la akak ni sorok abah dia.
Zafirah yang masih belum dikurniakan cahaya mata berkata, kehadiran Army dan adik beradiknya yang lain merupakan antara kurniaan paling istimewa buat dia dan suami.
“Siang dia akan cari mama sebab nak suruh buang tahi dia, minta makan sebab memang akak la yang bersihkan tempat makan dan ber4k mereka,” selorohnya.
“Kalau akak sedih ke, abah dia marah akak ke, Army akan datang dekat akak teman akak seharian, sama macam arw4h Navy.
“Dia (Army) adalah kurniaan yang istimewa buat akak dan suami walaupun dia hanya stray cat, ramai tak percaya masa akak jumpa dia dulu berkurap, kutu, kurus kering.
Menurut Zafirah, suaminya yang sememangnya pencinta kucing mempunyai pelbagai rutin harian bersama anak-anak bulus mereka ini.
“Airforce pun manja dengan akak, Marine kecil lagi jadi ikut dan dia je. Navy dulu pun manja dengan akak, masa dia meninggal berminggu-minggu akak dengan suami menangis,” kongsinya.
“Sebelum pergi kerja memang semua akan tunggu depan pintu, abah kena kutip seekor-seekor cium, timang-timang, kalau abah balik memang tunggu depan pintu, sampai abah masuk bilik pun mengekor je la Army tu, minta perhatian,” kongsinya.
“Suami akak memang utamakan kucing, akak ni jadi nombor dua, dia memang pencinta kucing.
Namun jelas Zafirah, dia sama sekali tidak akan menjual kucing-kucingnya itu.
Zafirah berkata, perkongsian video-video Army di media sosialnya juga secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai yang ingin berjumpa serta ada juga yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk membeli Army.
“Ada yang tawarkan RM3,000 untuk beli Army tapi memang tak la, bagi berpuluh ribu pun akak tak akan jual,” jelasnya.
“Berapa kali orang mesej akak nak jumpa Army sampai sanggup beli karpet-karpet yang akak jual semata-mata nak jumpa Army.
Sumber: imuslimnetwork.com