Lelaki Itu Masih Gigih Mencari Rezeki Walaupun Sukar Untuk Berjalan Dengan Berpanas Untuk Menyara Kehidupannya

Walaupun Sukar Untuk Berjalan Lelaki Itu Masih Gigih Mencari Rezeki Dengan Berpanas Untuk Menyara Kehidupannya

Setiap orang mempunyai cabaran tersediri untuk hidup. Ada yang diduga dengan kemewahan, ada yang mengalami kepayahan untuk mencari rezeki dan ada juga yang tidak mempunyai kudrat untuk mencari sesuap nasi.

Jual minyak angin sara kehidupan

Walaupun Sukar Untuk Berjalan

Namun begitu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Menerusi satu perkongsian seorang individu di Facebook yang dikenali sebagai Suid Abdul, dia telah memuat naik beberapa keping gambar seorang lelaki yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) menjual minyak angin di Pantai Murni, Yan, Kedah. Walaupun sukar untuk berjalan, lelaki itu masih gigih mencari rezeki dengan berpanas untuk menyara kehidupannya.

Datang dari Jitra ke Yan tumpang jiran

Lebih meny4yat hari, lelaki itu dikatakan berasal dari Jitra, Kedah dan datang ke Pantai Murni dengan menumpang kawan untuk berniaga. Hal tersebut telah dimaklumkan oleh beberapa warganet yang meninggalkan komen di ruangan Facebook Suid.

LVmpvh dari pinggang ke bawah

Menerusi komen itu juga, Suid memberitahu bahawa lelaki yang dijumpainya itu mengalami lum puh dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Kesuk4rannya untuk bergerak membataskan perjalanan yang boleh dibuat untuk berniaga minyak angin.

Sehubungan dengan itu, beberapa individu telah menyeru agar sesiapa yang berada di sekitar kawasan Patai Murni agar sama-sama meringankan bebannya dengan membeli minyak angin yang dijual. Semoga ia sedikit sebanyak membantunya dalam mencari rezeki halal.

Pakat tolong semampunya

Sumber : Suid Abdul

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Comment

error: Content is protected !!