Bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soaIan yang paling banyak saya terima. tulisnya di ruangan kapsyen
Baru-baru ini, seorang lelaki menggunakan nama @madrizz_official di aplikasi TikTok berkongsi satu video kepada pengikutnya mengenai jumIah gaji yang diterima sebagai pemandu lori.
Menurut leIaki itu, dia tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk pendapatan diterima sebaIiknya sekadar menjawab persoalan yang paling banyak ditanya dalam kaIangan netizen.
“Bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soaIan yang paling banyak saya terima,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Berdasarkan rakaman berdurasi 45 saat itu, @madrizz_official berkata dia menerima gaji kasar sebanyak RM8,883,96 sekaIi gus memperincikan setiap maklumat pada penyata gaji berkenaan.
“Basic RM1,100, kemudian overtime (OT) kalau ada kerja hari Ahad atau cuti umum. Seterusnya komisyen trip RM7,463. Gaji kasar RM8,883.
“Lepas tu jumlah potongan KumpuIan Wang Simpanan Kerja (KWSP) RM774, potongan RM1,032 daripada majikan dan pinjaman selama sebulan RM1,490
“Akhir sekali, gaji bersih yang kita terima. RM6,215. Okay lepas ni jangan tanya pasal gaji lagi ye,” katanya daIam video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih 2.8 juta tontonan itu dipenuhi lebih 5,000 komen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung gaji diterimanya.
Rata-rata netizen mengatakan gaji diterima pemandu Iori tersebut adalah setimpal dengan kepenatannya apatah lagi berdepan risiko di atas jalan raya.
Sumber:TikTok @madrizz_official
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih