Dari Malaysia Hingga Ke Luar Negara, Ramai Yang Mengenali & Menyayangi Ustaz. Moga Semakin Diluaskan Rezeki

Dari Malaysia Hingga Ke Luar Negara, Ramai Yang Mengenali & Menyayangi Ustaz. Moga Semakin Diluaskan Rezeki

Seperti yang ramai tahu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini sedang menjalani misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Menerusi laman sosial Facebook, pemilik perusahaan Ebit Lew Mart itu memuat naik perkembangannya yang mana dia telah menyewa 2 biji rumah untuk dijadikan sebagai Rumah Kasih Umat buat anak yatim dan golongan asnaf di sana.

Tubuh Rumah Kasih Umat di Gaza

Dalam pada itu, pendakwah berusia 37 tahun itu turut berkongsi kisah seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami akibat bedilan bom Zionis Israel baru-baru ini.

Difahamkan lagi, wanita itu mempunyai 7 orang anak yang masih kecil. Biarpun baru sahaja menghadapi pemergiaan ayah tersayang, mereka masih boleh tersenyum dan seronok apabila diberi hadiah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Simpati akan nasib keluarga tersebut, Ebit terus membawa mereka ke Rumah Kasih Umat dan memberikan sedikit sumbangan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bayar gaji cikgu untuk jaga dan uruskan rumah Kasih Umat Gaza

Menurut Ebit, pihaknya juga berbesar hati membayar gaji cikgu yang akan ditugaskan menjaga dan menguruskan Rumah Kasih Umat berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan Ebit dan pihak yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa sebak tatkala melihat kemurahan hati insan bernama Ebit Irawan Ibrahim Lew yang tidak pernah putus asa membantu manusia dalam kesusahan.

Mesti Ustaz rasa puas dan gembira dapat bantu orang susah

Nangis tengok kemuliaan hati Ustaz

Terima kasih Ya Allah kerana kirimkan Ustaz Ebit Lew

Semoga segala urusan Ustaz & team dipermudahkan

Terdahulu, Ebit memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa bahawa dia kurang memuat naik perkembangan ketika menjalankan misi oleh kerana faktor keselamatan.

Justeru itu, Ebit Lew berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar.

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*