Bibik nak masak, ko nak masak jugak. Sudahnya montot ko duduk atas apa tuh Mok Mok.

Bibik nak masak, ko nak masak jugak. Sudahnya montot ko duduk atas apa tuh Mok Mok.

Namun lain pula yang berlaku akhirnya apabila kucing itu akhirnya telah merosakkan salah satu bahan masakan yang diletakkan di situ. Gelagat spontannya ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya ditambah pula dengan reaksi panik dari pemiliknya ini.

Sesiapa yang memiliki kucing tentunya cukup kenal dengan perangai mereka yang suka menyibuk ketika pemilik mereka sedang sibuk melakukan sesuatu. Sama juga macam gelagat seekor kucing ini yang turut sama menyibuk semasa pemiliknya sedang memasak di dapur.

Pemiliknya kemudian meminta kucing itu untuk beralih ke tepi memandangkan mereka sedang sibuk memasak di situ. Namun tidak semena-mena, kucing itu dengan selambanya duduk di atas udang yang sudah siap dikopek untuk dimasak.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang duduk di tepi dapur semasa pemiliknya memasak. Turut dapat dilihat, kucing itu begitu berminat melihat masakan yang sedang dimasak itu sehingga sanggup mendekatkan diri di tepi dapur.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat selamba kucing itu. Malah ada yang berseloroh pasti pemiliknya turut trauma untuk membiarkan kucingnya mengacau di dapur lagi selepas ini.

Sebaik sahaja melihatnya, pemiliknya turut panik dan berdekah apabila udang tersebut penyek diduduki oleh kucing itu. Dia kemudiannya mengalihkan kucing tersebut pada akhirnya selepas dimarahi oleh ibunya yang sedang memasak.

“Perangai betul dia ni.”

“Dia nak tolong masak tu.”

“Abis lah mesti teringat-ingat kat mok je lepas makan udang tu.”

“Member siap adjust lagi duduk tu.”

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Comment

error: Content is protected !!