Pada hari rabu minggu lepas, seorang wanita warga emas dipercayai hilang selepas keluar ke kebun sawit. Painah Siwan, 79, atau dikenali sebagai Wak Painah gagal dikesan selepas dikatakan pergi ke kebun sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di Senggarang, Batu Pahat kira-kira 3.30 petang.
Rutin Wak Painah Pergi Ke Kebun
Anak Wak Painah yang dikenali sebagai Sadiah Mohari, 42, berkata, sudah menjadi kebiasaan ibunya untuk pergi ke kebun sawit bagi mencari sisa daun sawit untuk dijadikan penyapu lidi. Biasanya ibunya itu akan pulang ke rumah selepas itu.
Tetapi pada hari rabu yang lepas, ibunya tidak pulang-pulang ke rumah sehinggalah mereka sekeluarga melaporkan hal kehilangan ibunya kepada pihak berkuasa.
Baca Juga: Institut Penyelidikan Perikanan Lepaskan Ikan Paus Yu Bersaiz 10 Meter!
Tak Mampu Jelmakan Diri
Menurut anaknya, mereka sekeluarga juga meminta pertolongan daripada pihak yang arif agama untuk membantu pencarian ibunya.
Wak Painah dikatakan masih ada di kawasan tersebut namun tidak mampu menjelmakan diri kerana berada di alam berbeza.
“Sehingga kini kami sekeluarga buntu kerana emak masih tidak ditemui lagi walaupun pelbagai usaha digunakan termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa.
“Ada juga pihak yang arif dalam agama datang membantu mencari emak dan menyatakan emak masih berada dalam keadaan selamat di alam ghaib.
“Emak sebenarnya masih ada di sekitar kawasan ini dan dia mahu balik tapi emak tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata,” ujar anaknya.
Dua Alam Berbeza, Anak Cuba ‘Tarik’ Mak Keluar
Dalam satu video yang tular di TikTok, kelihatan salah seorang anak Wak Painah sedang berusaha untuk ‘menarik’ ibunya sehingga akhirnya lemah dan pengsan.
Walaupun tidak ada kelihatan ibunya secara mata kasar, namun ibunya dipercayai ada di kawasan tersebut dan dihalang oleh alam yang berbeza.
Subhanallah! Terlepas tangan. Dua alam nak tentang mmg iman kena cekal. Nak tarik keluar tak mudah. Terduduk je mak dia kat situ. Tak boleh nak tarik sbb alam beza. Kun faya'kun. Harap tak makin menjauh kedalam sana. Kalau jauh mmg hilang lah terus. 😭 pic.twitter.com/m9lbH9jYDr
— 🌹тнe Khey Amir🌹 (@Thehulkey) August 13, 2022
Alhamdulillah, Akhirnya Wak Painah Ditemui!
Wak Painah akhirnya ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Sayang, Senggarang selepas 6 hari pencarian. .
“Ketika mangsa ditemukan terdapat bersamanya sepasang selipar dan lidi daun kelapa sawit.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),”
Alhamdulillah, semoga beliau segera pulih dan dapat pulang ke rumah lagi.
Sumber: Harian Metro, Twitter
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.