Kucing Rosak. Doktor suruh pakai ni, bila pakai dah tegap. Sekali ini dia buat. Angin aku satu badan.
Gelagatnya yang dilatih oleh pemiliknya itu turut mencuit hati netizen apabila dia dilihat tidak mahu berjalan selepas dipakaikan harness pada badan. Malah gelagatnya yang kemudian terbaring pada akhirnya turut membuatkan netizen berdekah melihatnya.
Kucing memang comel apatah lagi yang masih lagi kecil. Biasanya kucing memang cukup suka sekiranya dibawa keluar berjalan-jalan terutamanya kucing yang dipelihara di dalam rumah. Tetapi berbeza pula dengan gelagat seekor anak kucing ini yang cukup malas untuk keluar berjalan sehinggakan terpaksa dilatih oleh pemiliknya.
Turut dapat dilihat, anak kucing itu memberikan kerjasama yang baik semasa pemiliknya memakaikan harness itu. Sebaik sahaja selesai memakainya, anak kucing itu kelihatan seperti terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu memberitahu kucingnya itu perlu dilatih untuk keluar berjalan memandangkan dia cukup malas untuk melakukannya. Dia kemudian memakaikan harness pada badan kucing itu untuk melatihnya.
Video:
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi kucing itu yang akhirnya mampu terbaring sahaja di situ. Malah ada yang berseloroh kucing itu kelihatan seperti rosak dan perlu ditukar dengan yang baru pula.
Lebih melucukan, anak kucing itu kemudian jatuh terbaring seolah-olah berputus asa dengan latihan tersebut. Melihatkan reaksi spontannya ini, ramai yang bersetuju mungkin juga anak kucing itu sememangnya tidak suka untuk keluar berjalan.
Sumber: imuslimnetwork.com