Ditah4n kerana solat Isyak berjem4ah, 37 individu selawat atas trak p0lis

Seramai 37 jemaah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikompaun selepas menunaikan solat isyak berjemaah di dua surau di Mukim Chetok, Tok Uban, Kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, kesemua jemaah terbabit terdiri daripada individu berusia antara 20 hingga 70 tahun dikesan melanggar SOP dalam pemeriksaan pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebanyak 28 saman telah dikeluarkan di surau pertama yang diperiksa manakala 9 lagi saman diberikan kepada jemaah di surau kedua.

Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka selain menunaikan solat Isyak berjemaah walaupun sudah sedia maklum bahawa tidak dibenarkan sepanjang PKP ini.

Ia jelas melanggar SOP termasuk penjarakan fizikal yang bukan sahaja boleh membahayakan, malah memberi risiko kepada penularan Covid-19.

Beliau turut menasihati masyarakat agar mematuhi segala arahan yang diberikan oleh kerajaan demi keselamatan bersama bagi mengekang penularan wabak ini semakin berleluasa memandangkan jumlah mangsa Covid-19 di Kelantan semakin membimbangkan.

Mohd Nasaruddin berkata, terdapat juga jemaah kanak-kanak berusia natara 10 tahun, tetapi atas budi bicara, pihak bertindak melepaskan mereka memandangkan mereka masih di bawah umur selain turut menasihati mereka agar tidak melanggar SOP lagi.

Tambahnya lagi, beliau mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat setempat untuk melaporkan kepada polis jika terdapat mana-mana kumpulan atau individu yang melanggar SOP jika berlaku di kawasan mereka selain turut menambah tidak akan berkompromi bagi mereka yang melanggar SOP ketika PKP.

 

Sumber: Harian Metro Via Detikkiniviral

PERHATIAN : Pihak Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*