Satu penemuan mengejutkan berlaku apabila penduduk menemui sebuah storage box yang ditinggalkan di bawah pokok pisang, yang pada awalnya disangka berisi bangkai haiwan.
Namun selepas diperiksa, mereka dikejutkan dengan penemuan tubuh seorang wanita muda yang kemudian dikenal pasti sebagai Rahmadani Siagian, berusia sekitar lingkungan 20-an.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Jalan Menteng 7, Kecamatan Medan Denai, sekitar 10 Mac lalu.

Tidak Masuk Kerja Selama Dua Hari
Difahamkan, Rahma baru sahaja merantau ke Medan dan bekerja di sebuah kedai telefon.
Kehilangannya mula disedari selepas dia tidak hadir bekerja selama dua hari.
Majikannya cuba menghubungi wanita tersebut, namun telefon bimbitnya didapati sudah tidak aktif sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak keluarga.
Rakaman CCTV Dedah Pergerakan Mencurigakan
Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Rahma menginap di sebuah hotel sebelum seorang lelaki memasuki biliknya sekitar jam 1 tengah hari.
Tidak lama kemudian, seorang lagi individu turut dilihat masuk ke bilik yang sama.
Keesokan paginya sekitar jam 8 pagi, salah seorang daripada mereka dilihat keluar sambil membawa sebuah storage box berwarna biru, dipercayai kotak yang sama ditemui penduduk di bawah pokok pisang.
Tubuh Dibungkus Selimut Hotel
Ketika ditemui, tubuh mangsa dilaporkan berada dalam keadaan dibungkus dengan selimut hotel dan disumbat ke dalam kotak tersebut.
Penemuan itu mencetuskan kejutan dalam kalangan penduduk setempat.
Pihak polis dilaporkan telah menahan dua suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti hubungan sebenar mereka dengan mangsa serta motif kejadian.

Kejadian ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan cara mangsa ditemui.
Persoalannya, apakah sebenarnya yang berlaku dalam tempoh dua hari kehilangan wanita tersebut? 🤔

Leave a Reply