Dilahirkan Dengan Satu Kaki, Demi untuk Menuntut Ilmu Anak Y4tim ini sanggup Melompat2 untuk Pergi ke Sekolah

Dilahirkan dengan fizikal tidak sempurna, namun kekurangan itu tidak mematahkan semangat Raisalman bagi menuntut ilmu dan mengejar cita-citanya.

Walaupun mempunyai satu kaki, budak berusia sembilan tahun itu bersemangat pergi ke kelas dengan cara berlompat-lompat dari rumah sampai ke sekolah yang jaraknya sekitar satu kilometer.

Kisah budak dari Jawa Barat itu tular di laman media sosial November lalu setelah dikongsi oleh seorang pengguna Instagram, Kristiawan Saputra yang memuat naik beberapa gambar dan video Raisalman.

Difahamkan, budak berkenaan mempunyai sebelah kaki sejak dari lahir dan mempunyai keluarga yang kurang berkemampuan.

Bapanya yang telah meningg4l dunia pernah bekerja sebagai buruh tani, manakala ibunya pula suri rumah sepenuh masa selain merawat salah seorang anak yang mengidap epilepsi.

Kristiawan berkata, kenalan dan pihak sekolah telah memohon bantuan buat keluarga Raisalman daripada pihak bertanggungjawab namun masih tiada maklum balas.

Sumber : Kristiawan Saputra via majalah-harian.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*