Dihalau Keluar Dari Rumah Sendiri, Undang-Undang Israel HALALKAN Rampasan Rumah Dari Rakyat Palestin

Pada tahun 1950, Israel telah memperkenalkan Undang-undang Hak Tanah dan Perancangan yang membolehkan hartanah milik pelarian Arab (sama ada diusir, melarikan diri atau meninggalkan negara) ditukar milik.

Maka, ramailah rakyat Palestin yang diusir keluar secara paksa dari rumah mereka selepas diusir penduduk Israel yang ‘meneroka’ kawasan mereka.

Biarpun perkara ini dibawa kepada pihak tertinggi mahkamah, keputusan akhirnya tetap berpihak pada orang Israel.

Ketidakadilan ini tidak terhenti pada rampasan rumah, tetapi pemilik rumah juga diminta untuk membayar perbelanjaan isi rumah yang dirampas.

Tonton video di bawah untuk lihat bagaimana situasi rakyat Palestin semasa mereka diusir dari kediaman mereka.

Sebelum ini, syarikat e-dagang Amerika Syarikat, Amazon dikecam hebat berikutan hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ke Israel.

Rakyat Palestin hanya akan menerima kelebihan perkhidmatan ini sekiranya mereka memilih alamat di Israel untuk pesanan USD49 (+-RM203) ke atas.

Menurut siasatan di Tebing Barat oleh The Financial Times, sekiranya masih meletakkan alamat di ‘Wilayah Palestin’, pengguna terpaksa membayar sekitar USD24 (+-RM99) untuk kos penghantaran.

Sumber : odisi.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!