Dari Kecil Ikut Kutip Barang Kitar Semula “Terima Kasih Ayah Mendidik Balim Erti Berdikari”

Dari Kecil Ikut Kutip Barang Kitar Semula “Terima Kasih Ayah Mendidik Balim Erti Berdikari”

Begitulah ungkapan jurusolek popular, Datuk Alha Alfa atau pemilik nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Al Fadzil buat ayahnya yang tercinta.

“Saya sayang ayah! Terima kasih banyak mendidik Balim dari kecil mengajar erti berdikari,”

“I love u so much ayah! Terima kasih banyak mendidik Balim dari kecik mengajar erti berdikari ️ tahun ni hadiah ayah kecil je, tapi insha Allah berharga. Ayah simpan elok-elok tau!

“Hehehe. Suka dia dapat cincin baru. Doakan balim banyak sangat projek best-best tahun ni, harap ayah sentiasa doakan yang terbaik ya untuk Balim dan bisnes. Sayang ayah sangat-sangat!

“Harini kami sambut birthday bertiga! Ayah 27hb, saya 29hb, adik pompuan sy 31hb selang sehari je.

“Ya Allah, kau ukirkanlah senyuman sentiasa untuknya, kesihatan yang berterusan, dibukakan pintu rezeki untuk beliau, bahagiakan dia lebih dari segalanya, tolong ya ALLAH hindarinya dari sebarang kesulitan, penyakit dan masalah. Amin amin amin. Love you forever ayah,” begitulah nukilan khas yang ditulis buat ayahanda tercinta.

Ungkapan tersebut di muat naik menerusi entri di akaun Instagramnya sempena ucapan hari lahir ayahnya.

Ikut Ayah Kutip Barang Kitar Semula

Malah seawal usia 10 tahun, Alha saban hari tidak ke padang bermain bola sepak atau badminton bersama rakan-rakan. Sebaliknya, Alha Alfa mengikut bapanya ke pusat pembuangan sampah di Balakong untuk mencari barangan yang boleh dikitar semula seperti palet kayu, besi dan tin aluminium.

Sebelum meniti jaringan kejayaan, Alha sebenarnya telah mengharungi pelbagai pancaroba sebelum diiktiraf sebagi jurusolek profesional di negara ini. Lelaki beriltizam tinggi ini seperti mana petikan kata-katanya menerusi SinarPlus, guru yang mendidiknya hingga berjaya hari ini ialah ayah dan ibunya.

“Sementelah pengalaman yang dikutip sedikit demi sedikit sejak di bangku sekolah rendah adalah ilmu dan pemangkin untuk saya terus berjaya dan mengubah nasib keluarga.

“Saya tidak pernah menyertai kelas solekan baik di dalam mahupun di luar negara. Guru yang mendidik sehingga menjadikan Alha Alfa hari ini ialah Mohd Al Fadzil Hashim (ayah) dan Norsham Ahmad (ibu).

“Ini disebabkan saya tidak dilahirkan dalam famili berada. Dulu ayah bekerja di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan tukang kebun di Pusat Pemulihan Orang Kelainan Upaya, Bangi, Selangor, manakala ibu pula ambil upah menjaga anak orang.

“Ayah kreatif melukis, bertukang dan mengecat. Lazimnya, barang-barang yang dikutip di pusat pembuangan sampah, beliau akan ubah menjadi produk baharu.

“Kepingan kayu katil misalnya, dijadikan bingkai gambar. Tugas saya memahat, mengukir dan mewarnakan. Tin aluminium pula, ayah mengetuk Surah Kursi konsep timbul (3 dimensi), lalu, disimpan di dalam bingkai dan digantung di surau.

“Tak sangka pula, daripada sekadar hobi lama-kelamaan menjadi sumber pendapatan apabila mendapat tempahan daripada penduduk kampung dan kawan-kawan,“ katanya.

Ambil Upah Mengecat

“Perasaan bercampur-baur. Sukar untuk membuat pilihan kerana ibu dan ayah mengharapkan anaknya ke universiti, sementara saya pula ingin terus bekerja cari duit buat adik-adik.

Bermula mencalit cat di dinding rumah dan kamar sendiri sebagai pengganti kertas dinding, akhirnya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Alha Alfa mengambil upah mengecat sebuah rumah banglo empat bilik di Semenyih dan menerima bayaran sebanyak RM250.

“Lagipun, persiapan ke UiTM memerlukan kos yang banyak, sedangkan ekonomi keluarga kurang stabil. Sehinggalah, pada satu hari ibu minta saya membawanya ke kedai emas untuk membeli barang.

“Rupanya, beliau ke sana menggadaikan seutas gelang emas yang ayah hadiahkan ketika acara batal air sembahyang. Hasil pajakan sebanyak RM500 itu digunakan untuk yuran kemasukan ke UiTM,“ rungkai Alha.

Pernah Bekerja Di Restoran Makanan Segera

Figura yang merupakan graduan UiTM ini juga bukan sahaja bergelar jurusolek terkenal, malah turut mengusahakan bisnes biskut.

Biarpun pada ketika itu beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk melanjutkan pengajian di menara gading, namun rezeki tetap miliknya.

Kemudian, bagi meringankan beban keluarga dan memastikan pendidikan dua adiknya terbela, figura itu bekerja sebagai kru menguli piza di restoran makanan segera, Pizza Hut di Seri Kembangan selama enam bulan.

Pun begitu, di sebalik keputusan cemerlang itu, pemuda yang yang meminati warna coklat itu hampir menarik diri pada semester tiga. Alha Alfa menyifatkan jurusan tersebut memerlukan kos perbelanjaan yang banyak bagi menyempurnakan setiap tugasan.

Alha Alfa mendapat tawaran menyambung pelajaran Diploma Seni Bina Dalaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Jurusan yang sebati dengan minat dan jiwanya.

Justeru, solusi terbaiknya adalah menjadi jurumekap sambilan barisan model dan kumpulan penari UiTM yang mana setiap minggu mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM150.

Tidak Bergoyang Kaki

“Jika difikirkan kembali bagaikan tak percaya pula saya mampu berada pada tahap seumpama ini. Manis ada, pahit juga semestinya. Semua pengalaman itu dikumpul menjadi benteng kekuatan agar apabila ditakdirkan saya jatuh kelak, sekurang-kurangnya tidak terus tersungkur,“ jelasnya.

Biarpun kini berjaya mengeluarkan produk jenama sendiri, Alha Alfa Kosmetik sejak tahun 2017, namun itu bukan tiket untuk beliau menarik nafas lega, apa lagi bergoyang kaki.

Alha juga turut berharap agar tahun 2022 memberikan sinar dan harapan baharu kepada semua.

Sumber: SinarPlus / Mingguanwanita

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!