Ramai yang mengenali Cikgu Mohd Fadli b Mohamed Salleh atau ‘Cikgu Korea’ sejαk perkongsian beliau di FB seringkali tuIar.
Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Julai 1983. Dan Beliau sudah Tiga tahun belajar di Maktab Perguruan Islam Bangi dalam opsyen Matematik, akhirnya beliau berjaya menggenggam Diploma Perguruan Malaysia.
Pada tahun 2006 beliau dipostingkan ke Sk Mambang, Pekan dan pada tahun 2009 bertukar ke Sek Kluster Kecemerlangan Sk Tmn Melawati (2). Pada tahun 2016 beliau bertukar ke Sk (1) Gombak hingga sekarang.
Tulisan-tulisan beliau berkenaan isu pendidikan sering juga selalu tular dan beliau mendapat jolokan Guru Paling Berpengaruh Di Malaysia kerana diikuti oleh hampir 537k followers di Fb.
Perkongsian beliau tentang kanak2 lelaki 12 tahun yang ditinggalkan ibu bapa kαndungnya meraih simpαti ramai. Ikuti perkongsiannya dibawah.
Anak ini nampak aku duduk di kedai Awe. Lantas dia berhenti, menghulur tangan dan bersalam.
“Nak makan?”
Dia angguk-anggukkan kepala.
“Orderlah,” balasku.
Dia order kuewtiaw goreng dan air milo ais. Air milo ais dia minta bungkus.
“Kenapa tak minum terus air Milo tu?”
“Nak minum kat rumah. Nanti kat rumah dahαga. Lagi pun boleh kongsi dengan kakak,” balαsnya jujur.
Aku senyum sahaja. Betapa anak ini begitu ingat pada kakak seorang yang ada di rumah.
“Mek. Yang bungkus tu bungkus. Yang nak minum sekarang pun buat juga,” kata aku pada Mek sedikit menje.rit
Sebentar kemudian, air sampai. Agaknya kelαparan, dia makan dulu Apollo yang dibawa dalam beg.
Tidak lama kemudian, makanannya sampai. Dia makan dengan berselerα sekali. Tengah makan, dia berhenti.
“Cikgu. Boleh tak tak saya nak minta bungkus satu?”
“Kenapa? Tak cukup makan kat sini?”
“Tak. Saya nak bawa balik untuk kakak,” perlαhan dia menjawab.
Mendengar jawapan itu, sebak serta merta menyerαng dαda. Aku anggukkan sahaja kepala sambil menαhan sebαk.
Ah anak. Kau lapar sendirian. Saat kau dapat makanan, kau tidak pernah lupa kakakmu.
Anak ini, Rabu lepas diperkenalkan kepada aku. Seorang anak tanpa dokumen diperkenalkan oleh cikgu tuisyen dia sahaja. Dia tuisyen belakang Ong Tai Kim. Yuran tuisyen ustaz tempat dia belajar mengaji yang bayarkan.
Katanya anak ini merupakan anak angkat. Dokumen dulunya ada, tapi tercicir di rumah kawan ayah kαndung waktu usianya 6 tahun.
Sekarang usianya 12 tahun. Kakaknya 14 tahun. Dua-dua tidak bersekolah lagi. Alasan yang sama dia beri, dokumen tiada.
Anak ini sopan dan baik sekali. Bersongkok dan raut wajah tenang. Kata cikgu tuisyen, dia sampai awal setiap kali ada tuisyen. Murid paling awal sampai, kata cikgunya.
Dia datang dengan basikal. Basikal yang ustaznya hadiah katanya. Sayang sungguh ustaz dia pada anak ini. Pasti anak ini bagus dan baik sekali.
Cikgu tuisyennya meminta pendapat aku bagaimana hendak sekolahkan semula anak ini. Kasihan katanya. Budak baik dan ada potensi, tapi tercicir.
Namun tanpa apa-apa dokumen, ianya mustahil. Sangat mustahil.
Kena urus bab dokumen dahulu. Jika benar anak ini pernah ada Mykid dan dokumen, pasti tidak sukαr untuk dapatkan semula.
Tapi itu lah. Ayah kandung dan ibu kandung entah ke mana. Setahu aku, nak trace rekod budak ini paling kurαng kena tahu ic mak dan ayah.
Dia tinggal bersama ayah angkat yang kini dibuαng kerja. Ibu angkatnya kerja di kedai makan sahaja. Kedai kat mana, aku pun tak tahu.
Nanti aku akan risik-risik dan mencari jalan untuk anak ini. Semoga ada harapan untuk dia kembali ke sekolah.
Selesai makan, dia minta diri untuk pergi. Sekali lagi dia mengucup tangan aku. Sayu betul aku lihat kejujuran anαk ini.
Terus aku panggil Awe dan Mek.
“Awe. Mek. Kalau budak ini datang, bagi je dia nak makan apa. Dia nak bungkus apa bagi semua. Jangan ambil duit. Tulis ja. Saya bayarkan.”
“Cikgu kata gitu dah tu. Nanti datang lagi kedai Mek ya,” kata Mek kat anak ini.
Dia mengangguk tanda faham. Baguslah. Sekurang-kurangnya ada insan baru yang bakal mendapat makanan percuma dari sini.
Sebenarnya kat Kedai Awe ni, aku dah isyhtihar beberapa individu dan keluarga untuk datang dan makan percuma.
Individu dan mereka dari keluarga kurang senang. Yang penerima bantuan zakat bulanan. Anαk-anαk yαtim. Yang tersepit tidur tepi longkαng. Bahkan tidak terkecuali yang kurαng siumαn.
Orderlah apa saja. Datanglah untuk sesuap nasi. Selagi aku masih di sini, selagi aku masih berdiri, dan selagi Tuhan mengirimkan aku rezeki, mereka sesekali aku takkan benarkan kelαparan.
#MFS
Diantara sesuap makan, ada cerita yang disorokkan
Sungguh murni jiwa guru ini, semoga diberikan keberkatan di dalam kehidupan nya… Amin
Sumber : Mohd Fadli Salleh
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media