Detik-detik mengerikan selepas seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan 3 tahun keatas ‘terjatuh’ ke dalam kandang seekor gorila di Zoo Cincinnati, US telah berjaya dirakam oleh salah seorang pelawat yang turut berada di situ.
Gorila yang bertubuh gagah itu ditempatkan di sebuah kawasan sungai bawah bukit untuk tujuan pameran bagi pengunjung yang datang di zoo tersebut.
BACA JUGA: Isteri Sedang Nazak, Suami Tak Tahu Pegi Mana, Rupa-rup4nya…
Budak Lelaki Terjatuh, Gorila Mengheretnya Anggap Seperti ‘Anak’
Kejadian ini berlaku apabila budak lelaki tersebut yang datang berkunjung bersama keluarganya merangkak melalui penghadang di kawasan gorila tersebut ditempatkan dan terjatuh kira-kira 12 kaki ke dalam kandang gorila tersebut. Kejadian tersebut terjadi kira-kira berlaku pada 4 petang waktu tempatan di sana.
Sehubungan dengan itu, gorila jantan tersebut menangkap budak lelaki itu dan membawanya bersamanya. Ia kelihatan cuba melindungi budak lelaki itu seperti anaknya. Gorila tersebut berusia 17 tahun dan dinamakan sebagai Harambe.
Walaubagaimanapun, seperti yang kita ketahui, kudrat dan naluri haiwan berbeza dengan manusia menyebabkan ia boleh mengancam nyawa kanak-kanak tersebut.
Apabila mendengar suara orang ramai yang mula panik dan bising, gorila tersebut kelihatan bingung dan cuba ‘melindungi’ kanak-kanak tersebut dengan mengheret budak tersebut kesana-kemari.
Tindakan gorila tersebut menyebabkan ibu kanak-kanak dan juga orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut bertambah panik dan risau akan keselamatan kanak-kanak itu.
Gorila 400 Paun Terpaksa Ditembak Mati
Melihat kejadian tersebut, pihak pengurusan zoo mengarahkan Pasukan Tindak Balas Haiwan Berbahaya zoo tersebut untuk bergerak masuk dan cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.
Pasukan penyelamat tersebut terpaksa menembak gorila yang mempunyai berat 400 paun itu kerana dikhuatiri akan mencederakan kanak-kanak tersebut disebabkan suasana yang panik dan bising.
“Mereka membuat pilihan yang sukar dan mereka membuat pilihan yang tepat. Kerana mereka menyelamatkan nyawa budak kecil itu. Ia mungkin sangat teruk.”
Walaupun gorila tersebut tidak berniat untuk mencederakan kanak-kanak itu namun, macam-macam perkara boleh berlaku dalam situasi seperti itu.
Selepas gorila itu ditembak mati, kanak-kanak tersebut dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital berdekatan.
Insiden itu menandakan kali pertama pihak zoo terpaksa membunuh haiwan yang mereka jaga dalam situasi kecemasan.
Menjawab persoalan orang ramai kenapa tidak gunakan ubat penenang sahaja, pihak pengurusan zoo berkata pasukan itu memutuskan untuk tidak menembak dart penenang kerana ia boleh mengambil masa beberapa minit untuk melumpuhkan haiwan yang dilihat sedang dalam keadaan bingung atau “gelisah”.
Dalam masa beberapa minit itu, ada banyak kemungkinan yang boleh berlaku.
“Keputusan itu tidak dibuat dengan mudah,”
“Gorila adalah spesies haiwan yang sangat terancam. Tidak banyak dalam kurungan. Tetapi, malangnya ia mempunyai pengakhiran yang menyedihkan.”
Sumber: Facebook
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.