Budak 9 Tahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam, Comel Pakai Serban Solat Di Masjid

Budak 9 Tahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam, Comel Pakai Serban Solat Di Masjid

Hidayah itu milik Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam (Surah Al-An’aam: 125).

Maksud ayat berkenaan, tanpa mengira latarbelakang, sejarah silam mahupun usia seseorang, jika Allah berkehendak, sekali gus individu tersebut boleh berubah 360 darjah.

Begitulah dengan kisah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Muhammad Bilal, menerusi laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Bilal memuat naik sebuah posting berupa rakaman video memaparkan kanak-kanak berusia berusia sembilan itu tahun mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Malah, dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.

Menurut lelaki itu, kanak-kanak tersebut dan ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersama Bilal untuk memberi makan kepada golongan gelandangan dan tertarik dengan Islam.

Bagaimanapun sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal menyuruh kanak-kanak itu supaya meminta izin ibunya terlebih dahulu.

Namun, jawapan ibunya sangat mengejutkan! Walaupun berlainan agama, siapa sangka ibunya merestui dan berkata bahawa dia gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu dan akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya.

“Tak semua ibu menyokong anaknya memeluk agama lain seperti ibu ini, Ma Shaa Allah. Moga Allah merahmatinya dengan cahaya Iman,” tulis Bilal menerusi sebuah perkongsian lain.

Kanak-kanak itu kini telah menukar namanya daripada ‘Rudy’ kepada nama Islam iaitu Muhammad Muzammil dan mula menghadiri solat Jumaat buat pertama kali pada minggu lepas.

Hari ini, Bilal memuat naik sebuah lagi posting menunjukkan Muzammil bersama ibunya memberi bantuan kepada seorang warga emas dengan cara menghantar bekalan makanan kepadanya.

Baik sungguh hati Muzammil dan ibunya. Suka membantu orang lain dalam kesusahan. Bertuah sungguh, kecil-kecil lagi Allah sudah diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Allahuakbar. Semoga menjadi anak yang soleh!

Sumber: Instagram @qaribilal786

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!