Bongkah ais terbesar di dunia telah pecah di Antartika baru2 ini

PARIS: Satu bongkah ais yang disifatkan paling besar di dunia mula pecah di Antartika dan kini terapung di Laut Weddell.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), bongkah ais yang diberi nama A-76 itu bersaiz 70 kali lebih besar dari bandar Manhattan.

Bongkah ais itu mempunyai ukuran panjang 170 kilometer dan lebar 25 kilometer dengan keluasan 4,320 kilometer persegi, iaitu lebih besar berbanding pulau Majorca di Sepanyol.

Bongkah ais itu pada mulanya ditemukan oleh British Antartic Survey sebelum disahkan dengan menggunakan imej yang dirakam dari satelit Copernicus.

Sebelum ini, bongkah ais A-23A yang mempunyai keluasan 3,880 kilometer persegi menjadi bongkah ais terbesar di dunia.

Sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!