Bendera Dipasang Terbalik Ketika Rehearsal Sambutan Hari Merdeka, Ini Penjelasannya!

Berikutan video viral yang memaparkan bendera Malaysia dipasang terbalik semasa upacara raptai telah menimbulkan banyak prasangka masyarakat umum.

31 Ogos 2022, bersamaan hari Rabu, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun. 

Bendera Malaysia Dinaikkan Terbalik, Ada Apa Sebenarnya?

Setelah dua tahun tiada upacara perarakan dan majlis rasmi sempena menyambut hari yang bersejarah ini, tahun ini, semua rakyat tanpa mengira bangsa begitu teruja untuk melihat sambutan yang diadakan. 

Tetapi, semasa raptai untuk majlis sambutan tersebut berlaku satu kejadian yang tidak disangka semasa upacara menaikkan bendera. Bendera yang dinaikkan oleh anggota beruniform itu didapati terbalik. 

Ini menimbulkan macam-macam persepsi daripada masyarakat. Antaranya ialah:-

“Kereta Kebal breakdown lah, itulah inilah.. last last takat nak pasang bendera pun tak boleh betul2.. buat malu je 🤦🏻‍♀️ cisss”

“They’re a highly trained unit, they’ve been doing this for years.. They know what they are doing.. There’s a meaning behind this..”

“Kenapa depa tak betulkan terlebih dahulu?”

Walaubagaimanapun, sebenarnya kejadian tersebut tidak seperti yang disangkakan. 

BACA JUGA: Isteri Sedang Nazak, Suami Tak Tahu Pegi Mana, Rupa-rup4nya…

Ini Penjelasannya, Kena Tunggu Lagu Habis

Disebabkan video viral tersebut telah mengundang banyak prasangka kurang baik, seorang pengguna Facebook yang juga merupakan badan ahli unit beruniform negara tampil memberi penjelasan. 

bendera terbalik

Menurut beliau, sebenarnya kejadian tersebut adalah sebuah kesilapan yang dilakukan secara TIDAK SENGAJA. Walaupun sudah berlatih banyak kali, namun tiada manusia yang terlepas daripada kesilapan.

Menjawab pertanyaan ramai warganet, “kenapa tak turunkan dan betulkan dulu baru naikkan semula”

Menurut beliau, itu adalah protokol menaikkan bendera lebih-lebih lagi ketika lagu Negaraku dimainkan. Bendera tak boleh dinaikkan separuh tiang. Oleh itu, setelah lagu dihabiskan barulah bendera tersebut diturunkan dan dikibarkan semula. 

Berikut ialah penjelasan yang beliau muatnaik di Facebooknya; 

“Manusia merancang, Allah juga merancang, Allah adalah sebaik baik perancang.. so jgn la ckp besar.. Practise doesn’t make u perfect, ia cuma buatkan kite semakin cekap.. Tiada makhluk yg perfect.

Navy yg sinonim ngn istiadat, lagi lagi melibatkan bendera,  sejak wujudnya bendera, mmg keje navy la bawak naik.. Tp harini jd mende yg x disangka..

Aku pasti dn sgt yakin, anggota tu bukanlah sengaja, berapa hari duk rehearsal dah, tp jd jugak..

Dah tau terbalik, kenapa naik juga? Istiadat menghendaki bendera tidak berhenti separuh tiang.. Lg lg bile lagu negaraku dimainkan..

Tindakan mereka? Sebaik sampai atas, lagu pun selesai, terus mereka bawak turun semula bendera dan betulkan kemudian kibarkan semula.

Kenapa org yg muat naik video tu, brenti sampai takat atas tu je… Kenapa x tunjuk habis, sampai jalur gemilang dinaikkan semula? Ada niat nk menjatuhkan imej? Atau kalau tunjuk bende baik, x viral la? Gtu?

Salah tetap salah, dan aku yakin tindakan pasti akan ada.. Cume. Please sebagai rakyat malaysia, jgn la ckp perkara ini disengajakan. Jgn kait dengan politik, jangan timbulkan kebencian.

Para veteran yg sy hormati, ketahuilah, kami yg junior ni tidak sekali kali akan sengaja mencemarkan maruah negara. Kami akui kesilapan, tp yakinlah ia bukan sengaja.”

bendera terbalik

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-65!

Sumber: Facebook

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!