Bekas Pelajar Dari ‘Kelas Belakang’ Hadiahkan Motosikal Buat Guru Pencen – “Rupanya Benci Tandanya Sayang”
Di TikTok, tular satu hantaran menyentuh hati yang berlaku ketika majlis persaraan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Zainol.
Menerusi video yang dimuat naik @zdserai9336, majlis tersebut diadakan bagi meraikan persaraan Cikgu Zainol yang sudah bergelar pendidik selama 31 tahun.
Ketika acara berlangsung, Cikgu Zainol telah dikejutkan dengan sebuah hadiah berupa motosikal yang diterima bersempena majlis persaraannya itu.
Lebih mengharukan ialah, motosikal itu dipercayai dibeli oleh sekumpulan bekas pelajarnya yang sebelum ini berada di ‘kelas belakang’.
Kesemua mereka turut dilihat muncul di atas pentas sebelum menyerahkan kunci motosikal tersebut kepada Cikgu Zainol.
“Cikgu pencen terima kejutan berupa hadiah motosikal daripada bekas pelajar ‘kelas belakang’ di hari persaraannya,” tulisnya.
Menerusi perkongsian yang sama, individu terbabit menyifatkan Cikgu Zainol sebagai seorang pendidik yang sangat prihatin terhadap pelajarnya.
Antara yang pernah dilakukan termasuklah memastikan para pelajar hadir menduduki peperiksaan besar Sijil Pelajaran Tinggi (SPM).
Perkongsian itu tular dan meraih perhatian warganet yang rata-ratanya terharu melihat perkongsian tersebut.
@zdserai9336 Selamat bersara @CIKGU NON KOLA NERANG ..Rezeki Ramadan ..Cikgu yg sgt prihatin terhadap kebajikan ank2 Nakarian..Hari ini anak murid kelas Belakang hadiah kan motor baru buat cg kesayangan mereka..Rupanya benci tandanya syg.. Tahun LPs cg ni yg slalu ziarah cakna ke rumah depa saat mereka belum matang .. Seorang guru yang Xpernah Bputus Asa dalam memastikan murid hadir ke Sekolah .. Saat dikecam oleh orang sekeliling guru ini hadir dgn pelbagai intervensi memastikan semua pelajar hadir dan menduduki SPM .. Guru ini yg banyak menabur jasa dan mencari penaja dalam memastikan keadaan Sekolah selesa dan ceria utk dihuni oleh warga Nakarian.. Seorang guru yg Xpernah Berkira dengan anak murid dan rakan sekerjaa..Alhamdullilah dihari persaraan nya ank@Murid kelas Belakang hadir memberi hadiah suprise Motor baru.. Kami pulak yg terharu.. #fyp #fypシ゚viral #xyz #guru #suprise ♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦
Sumber : Astro gempak , Tiktok

Leave a Reply