Bawa Motor Ketika Hamil, Wanita Ini Tampal Nota Minta Maaf Jika Menunggang Secara Perlahan Buat Netizen Sebak

Bawa Motor Ketika Hamil, Wanita Ini Tampal Nota Minta Maaf Jika Menunggang Secara Perlahan Buat Netizen Sebak

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang sedang hamil menampal satu nota ketika menunggang motorsikal mencuri perhatian ramai.

Bagi yang sedang hamil, sudah pasti mereka akan melakukan apa sahaja demi melihat anak mereka sihat kelak bahkan orang dulu-dulu pernah berpesan agar tidak melakukan sebarang aktiviti lasak demi kebaikan kandungan.

Nota itu secara tidak langsung menarik perhatian pengguna jalan raya lain yang memuji inisiatif wanita tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikT0k iaitu @azharkamal2010, kelihatan seorang wanita yang memakai baju merah jamu menampalkan nota di belakang badannya dimana dia meminta maaf agar menunggang motor dalam keadaan perlahan kerana sedang mengandung.

“Semangat ya Bu. Semoga apa yang Ibu kerjakan menjadi barokah keluarga, sehat selalu buat Ibu dan semoga bayi yang di kandungan kelak menjadi anak sholen & sholehah.”

Video: https://www.tiktok.com/@azharkamal2010/video/7100907715525922074

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar segala urusan wanita cekal ini dipermudahkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen yang pernah menaiki motor ketika hamil akui akan berasa sakit jika melewati bonggol atau jalan berlubang.

Sumber: info.imuslimnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!