Kucing adalah merupakan haiwan peliharaan yang digemari dan disayangi ramai. Haiwan ini mempunyai peminatnya tersendiri yang sanggup berkorban melakukan apa sahaja demi haiwan comel ini.
Gelagat haiwan comel ini sering mencuri tumpuan ramai. Adakalanya ia menyebabkan tuannya geram je tengok perangainya namun, dialah haiwan yang menjadi penyejuk dan penenang hati tuannya.
BACA JUGA: Wajah gembul kucing ini menjadikannya selebriti yang dicintai oleh semua orang
Bawa Kucing Naik Motor, Lelaki Ini Jadi Tumpuan Penunggang Lain
Mempunyai rasa kasih dan sayang kepada haiwan adalah sikap yang dituntut dalam mana-mana agama. Sikap positif ini menunjukkan sikap kemanusiaan yang tinggi dan wajar dimiliki oleh setiap orang.
Terdapat satu video tular yang dimuat naik semula oleh sebuah page Facebook (FT Garage Racing – BIKE Helmet Shop) memaparkan mengenai seorang pemuda menunggang motosikal yang membawa seekor kucing comel berwarna putih.
“Ini baru orang panggil dalam hati ada taman. MashaAllah comel betul tengok cara abang ni jaga anak kucing tu. Haiwan ni makhluk Allah juga, jadi menjadi kewajipan buat kita untuk berbuat ihsan terhadap makhluk ciptaan-Nya. Terbaik abang ni 👍🏻” – tulis caption video tersebut.
Si bulus tersebut berwarna putih dan mempunyai saiz seperti anak kucing. Ia diletakkan di bahu penunggang motor tersebut dan berjaya menarik perhatian pemandu serta penunggang lain yang turut berhenti di lampu merah tersebut.
Warganet Memuji Tindakan Lelaki Tersebut
Berikutan video yang berjaya mendapat lebih 1.6 juta tontonan tersebut, ramai warganet yang meninggalkan komen positif untuk lelaki dan juga si bulus yang comel tersebut. Tidak kurang juga yang risaukan keselamatan anak bulus serta lelaki tersebut.
“Mesti dia baru jumpa anak kucing tu,nk bwak blik rumah..semoga Allah s.w.t melimpahkan rezeki kepada abg…”
“Ini baru orang baik hati nya sangat penyayang mulianya hatimu”
“Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik buat brother ni”
“Penyayang abg ni semoga dimurahkan rezeki selalu”
“Jangan sangka jantan tu keras garang …ada juga yang lembut hati nya..n jangan ingat yang gedik2 tu lembut..silap2 tu lebih garang”
“Ya Allah lindungi dia dan kucingnya”
Sumber: FACEBOOK
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.