Arab Saudi cadang pembinaan Bangunan Paling Besar Dunia 120KM panjang untuk penempatan 5 juta Penduduk
Menurut laporan dari Wall Street Journal, Putera Mahkota Arab Saudi mengumumkan projek pembinaan Mirror Line yang disasarkan mampu menempatkan sehingga 5 juta penduduk.
Projek yang dijangka menelan belanja hingga $1 trillion dan mengambil masa 50 tahun untuk disiapkan ini turut dilengkapi dengan tren berkelajuan tinggi di bawah bangunan tersebut untuk memudahkan pergerakan penduduknya.
Projek yang mengandungi dua buah blok bangunan Bangunan Paling Besar Dunia.
projek yang mengandungi dua buah blok bangunan hampir 150 tingkat ini mempunyai ketinggian mencecah 487 meter dengan panjangnya menjangkau 120km.
Kemudahan lain yang turut disediakan di dalam kompleks bangunan berkenaan merangkumi sebuah stadium pada ketinggian 300 meter, marina kapal layar dan pertanian menegak (vertical farming) bagi membolehkan penduduknya mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Masyarakat disitu juga perlu membayar yuran langganan bagi perkhidmatan bekalan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Mirror Line terdiri daripada dua buah bangunan dengan bentuk yang sama merentasi kawasan gurun dan gunung-ganang di sekitarnya dengan turut menyediakan rangkaian ruang pejalan kaki.
Projek ini juga merupakan sebahagian dari projek pembangunan bandar terancang yang dinamakan sebagai Neom Dan merupakan sebuah bandar bebas kereta dan sifar pencemaran.
Baca lagi : Ki4mat Sudah Dekat, Kabar Terbaru dari Makkah di Jazirah Arab
Antara komen netizen Bangunan Paling Besar Dunia :
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.