“Another Level Betul…” – Baju Raya Siap Bayar ‘Installment’, Tak Sangka Laku Habis

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila ramai yang mengkritik dan mengeluh mengenai harga baju raya yang semakin mahal, dan kadang kala tidak setanding kualiti yang ditawarkan.

Malah, sebuah perkongsian daripada netizen telah mencetuskan perbalahan mengenai keperluan memperkenalkan sistem ‘hutang’ ataupun ‘installment’ hanya untuk membeli baju raya.

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam di negara kita akan menyambut Aidilfitri dan nampaknya sudah ramai yang mencari baju raya untuk diri sendiri dan juga keluarga.

Ada yang memuat naik tangkap layar laman sesawang butik pereka fesyen terkenal negara iaitu Rizman Ruzaini yang menawarkan baju melayu dengan harga RM999 sepasang.

Dalam pada itu, turut disertakan sekali pilihan buat pelanggan yang ingin membeli dengan cara berhutang iaitu 3 kali pembayaran dengan harga RM333 setiap bulan.

Berikutan itu, ramai netizen seolah-olah tidak percaya dengan kewujudan skim tersebut yang mungkin akan ‘menjerat’ sesiapa yang tidak pandai mengendalikan kewangan mereka.

Apa yang lebih menghairankan apabila baju Melayu tersebut habis dijual kepada mereka yang berminat.

“Sold out mat. Selama aku hidup tak pernah terbayang baju raya boleh ada installment. Another level betul.” komen seorang netizen.

Apa pun, ukur baju di badan sendiri ya!

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!