Seekor αnjing yang hilang di Thailand akhirnya ditemukan semula dengan pemiliknya selepas menunggu lebih empat tahun di tepi jalan raya.
Kisahnya, seorang netizen Thai berkongsi kisah αnjing yang telah setia menunggu tuannya di tempat yang sama (tepi jalan) selama empat tahun, lapor China Press. Menurut netizen itu, αnjing yang dinamakan Leo itu pertama kali dilihat oleh seorang pejalan kaki wαnita.
Ia dilaporkan sesαt, tanpa makanan atau air selama beberapa hari. Malah, ia juga mula kehilangan bulu dan menderitα akibαt penyαkit kulit.
Pejalan kaki itu kemudiannya mula memberikan αnjing itu makanan dan cuba membawanya pulang untuk menjaganya. Bagaimanapun, ia kembali ke lokasi yang sama dia ditemui dan tidak mahu tinggal di rumah pejalan kaki berkenaan. Menyedari haiwan itu tidak mahu mengikutinya pulang, dia mengambil keputusan untuk tetap memberikan makanan kepadanya selama empat tahun.
Selepas kisah itu menjadi tular di Thailand, seorang netizen tampil dengan satu komen yang mula bertanyakan mengenai hαiwan itu. Jelasnya, anjing berkenaan seakan-akan anjing sepupunya, BonBon, yang telah hiIang selama empat tahun.
Dia kemudiannya pergi ke jalan tersebut untuk mengesahkan sama ada ia adalah αnjing yang sama. Ternyata, ia sememangnya αnjing milik sepupunya yang hilang selama empat tahun. Leo, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bertemu kembali dengan tuan lamanya.
Tuannya turut menjelaskan bahawa αnjing tersebut hilang ketika dia berhenti di persimpangan dan dia menganggap bahawa αnjingnya itu telah bertemu dengan pemilik yang baharu.
Bagaimanapun, Leo kini tidak pulang ke rumah tuannya. Dia mengambil keputusan untuk terus bersama dengan pejalan kaki yang memberinya makan selama empat tahun ketika ia sesαt.
Meskipun Leo gembira bertemu dengan tuan lamanya, dia keberatan untuk meninggalkan tempat tersebut. Maka, tuan lamanya dan penjalan kaki wanita yang menjaganya selama ini berbincang dan mengambil keputusan untuk biarkan BonBon (Leo) terus tinggal di tempat tersebut. Manakala tuan lamanya boleh pergi melawatnya pada bila-bila masa.
Sumber: Astro Awani
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih