Memang jelas salah satu sebab utama adalah kecuaian mereka yang gemar bermain tanpa menyedari keadaan sekeliling yang berbahaya. Selain itu, mereka lolos dari jagaan ibu mahupun pemilik mereka yang lalai mengakibatkan si bulus berkeliaran di jalanan.
Bukan jarang kita mendengar tentang kucing di tengah jalan dan terperangkap kerana terdapat kereta lalu lalang di jalan raya Sesiapa sahaja yang mempunyai rasa belas kasihan pasti akan tidak teragak-agak untuk menyelamatkan kucing yang dalam kesusahan, tetapi pasti ramai tertanya-tanya mengapa anak kucing seringkali berkeliaran di atas jalan raya.
Akak Misi ni cari nahas betul. Habis shift malam, ondaway balik nampak bulus tengah jalan.
Dalam video yang dikongsikan itu, seorang misi ingin pulang ke rumahnya setelah selesai bertugas. Semasa perjalanan, dia ternampak seekor kucing yang berwarna putih di tengah-tengah jalan di hadapan lampu isyarat.
Baru-baru ini sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna Fesbuk yang menyelamatkan salah seekor anak kucing di atas jalan raya telah mencvri tumpuan ramai.
Misi tersebut telah mengambil keputusan untuk hentikan kereta yang dipandunya itu demi menyelamatkan nyawa si bulus tersebut. Lalu dia turun dari kereta dan mengambil keputusan untuk mengalihkan kucing itu dari jalan raya.
Sumber:I Muslim Network