Susun Kasut Elok2, Berseluar Panjang, Adab Pelajar Jepun Lawat Masjid Dipuji Ramai

Rasa hormat terhadap budaya turun-temurun telah melahirkan pembentukan diri yang cantik dalam kalangan masyarakatnya.

Seperti yang kita semua tahu, Jepun adalah sebuah negara yang dipenuhi dengan warga yang penuh adab tatatertib.

Bukan itu sahaja difahamkan lagi, sejak dari kecil kanak-kanak Jepun sudah diajar tentang adab di sekolah mereka.

Antaranya, mencuci sekolah setiap hari selama 15 minit bersama guru dan pelajar sekolah rendah tahun pertama sehingga tahun keenam perlu belajar etika berurusan dengan orang lain.

Begitulah seperti kisah diceritakan oleh seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Jepun.


Melalui aplikasi TikTok, lelaki dikenali sebagai Adli itu berkongsi sebuah video memaparkan pelajar sekolah Jepun yang menyertai lawatan di salah sebuah masjid di Tokyo.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan mereka sebelum memasuki tempat suci umat Islam itu.

Susun kasut elok2, pelajar perempuan pakai seluar panjang

Menerusi video pendek berkenaan, setiap pelajar menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan teratur di pintu masuk sebelum memasuki masjid.

Manakala, para pelajar perempuan yang mengenakan skirt pendek pula membawa dan memakai seluar panjang terlebih dahulu sebelum bergerak masuk ke dalam masjid itu.

Di samping itu, masing-masing kelihatan tenang dan tidak berebut-rebut mahupun membuat bising saat tiba di kawasan ibadah berkenaan.

Video:

Kanak-kanak Jepun diajar adab dahulu baru ilmu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan adab yang ditunjukkan oleh para pelajar tersebut. Mereka turut teruja melihat perlakuan sopan kesemua generasi muda itu walaupun berada di tempat ibadah agama lain.

Senyap je bagus! Dekat masjid rumah aku bising

Sopan dan beradab

Kalau di Malaysia masalah hilang kasut


Mereka hormat agama lain


Rapi betul susunan kasut


Mereka hormat tempat ibadah


Sumber: TikTok Adli Via Borak Daily

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!