Hantaran “Rare” Syed Saddiq Kepada Bella Curi Perhatian Ramai
Teka-teki mengenai hubungan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah akhirnya terjawab selepas pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan pada petang Sabtu hari ini.
Difahamkan, majlis pertunangan yang diadakan secara sederhana dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua pihak.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah hantaran yang diterima pihak Bella sebanyak lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.
Rare Betul Hantaran Syed Saddiq
Menariknya hantaran daripada Syed Saddiq adalah berupa berbentuk simpanan kewangan masa buat bakal isterinya dan dua ank pelakon itu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.
Antaranya Simpanan ASNB dan Simpanan Tabung Haji kepada Bella Astillah sementara SSPN kepada Ayden dan Ara.
Selain itu, turut disertakan cincin sebagai simbol ikatan pertunangan pasangan berkenaan.
View this post on Instagram
Netizen Blushing Tengok Hantaran Syed Saddiq
Sementara itu, rata-rata warga maya turut berkongsi pelbagai reaksi positif mengenai hantaran yang diberikan oleh Ahli Parlimen Muar berkenaan.
Malah, sebahagiannya menyifatkan Syed Saddiq seorang yang berpandangan jauh dan mengambil berat tentang masa depan.
“This man really said “future first”. Syed Saddiq’s hantaran being Ara and Ayden’s Simpan SSPN. I love this so much for Bella,” komen seorang pengguna.
“Really out of the box and proven dia bukan kahwin mak budak tu je.. Aaaa nangis,” komen seorang lagi.
“Benda yg tak pernah terfikir, sebak tengok hantaran dia ,” tulis seorang lagi.

Leave a Reply