5 tahun belum ada zuriat, puas tunggu hingga satu hari ada seekor kucing beranak depan rumah, aku tergerak nak bela anak kucing tu, sejak tu semuanya berubah

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua pembaca. Terima kasih admin atas sebab sudi terbitkan luahan hati aku nie.

Aku bahasakan nama aku Sara ye (bukan nama sebenar). Sara dah berkahwin 5 tahun dengan Mat (bukan nama sebenar), dan kami masih belum dikurniakan zuriat lagi.

Aku tak tahu nak luah dekat mana dan dekat sape. Sebab benda nie umpama aku buka a1b sendiri. Jadi biarlah aku luahkan dekat sini supaya takde sape yang tahu siapa aku sebenarnya.

Pernah mengandung tapi keguguran tak sampai 2 bulan, dan sekarang masih berusaha buat rawatan dekat sebuah hospital. Kisah nie bukan berkaitan dengan keluarga mertua, biras or orang luar tapi kisah Sara dan Mommy sendiri.

Setengah orang bermasalah dengan keluarga mertua kan? Tapi mertua Sara sangat baik. Alhamdulillah. Dan Mat pula jenis yang memang penyayang dan bertanggungjawab. Dia sangat suka kucing tapi disebabkan Sara jenis tak suka bela binatang so dia terpaksa abaikan. Huhu

Suatu haritu, ada sekor kucing beranak depan rumah kami. Dan Sara rasa sangat kesian, suruh Mat ambil bela sementara tunggu dia besar dan boleh survive. Nanti boleh lepas dekat luar jer.

Lepas tu, Sara cerita la dari A – Z dekat Mommy pasal Mat bela kucing. Bermula dekat situ la, tiap kali call mesti dia cakap, “Bela kucing nie boleh buat kita m4ndul tau. Tu bukti Kiah (bukan nama sebenar) duk bela kucing m4ndul, Esah pun bela kucing m4ndul jugak. Selalu sangat sebut benda tu sampai la kucing Sara dah besar.”

Allahu, terasa seperti Mommy sendiri doakan anak dia m4ndul. Huhu yang paling Sara terasa hati bila dia cakap, “keturunan mommy takde yang m4ndul, taktau la kot keturunan Mat.” Ya Allah, sedih sangat bila mommy Sara sendiri yang ucap benda tu.

Sara ingat, bila kita luahkan dekat Mommy, mungkin dia mampu tenangkan hati kita sebab kami sama sama wanita dan Sara nie anak dia tapi ermm. Sampai dalam solat time sujud pun Sara boleh menangis, huhu

Sara pula jenis yang tak boleh nak membantah apa yang orang tua cakap. Memang jawab pun, just keluar “mana ada mommy, bukan semua yang bela kucing m4ndul” atau paling teruk Sara diam saja.

Bila Sara bagitau macam tu, dia akan tegaskan jugak mitos tu dan Sara hanya mampu diam sediamnya. Cerita dekat Mat dan dia hanya pesan satu saja dekat Sara sambil senyum,

“Sayang kena ingat tau, benda tu mengarut dan syiirik. Rezeki kita belum sampai lagi, sabar ye. Lagipun Kucing binatang kesayangan Nabi Muhammad saw dan pembawa rezeki untuk kita insyaAllah”.

Itulah ayat Mat tiap kali Mommy cakap macam tu dekat Sara. Tapi Sara takde la sampai nak bergaduh dengan mommy, just buat cool depan dia walaupun dalam hati kecewa teruk.

Tak boleh nak lawan, nanti mommy sedih lagi Sara tak senang duduk. So makan diri jela huhu. Terbalik pula dengan keluarga mertua, diorang selalu berdoa depan kami, “papa dan mama doakan semoga Sara Mat dapat zuriat insyaallah.” Papa selalu cakap, “tiap hari bangun solat Tahajud dan Hajat, papa akan buat untuk korang juga”. Sebak dan Pelikkan?

Kadang Sara terfikir, Sara nie bukan anak Mommy dengan Ayah ke sampai macam tu sekali dia ucap. Kenapa diorang tak jadi macam mertua Sara, just doakan dan ucap yang baik baik saja untuk kami. Huhu.

So Korang doakan kami dan yang tengah menanti zuriat jugak ye, semoga Allah swt kurniakan kami zuriat yang baik dari sisinya. Sara nak sangat buktikan kuasa Allah swt tu sangat hebat, bela kucing tak jadikan Sara m4ndul. Sara nak buktikan dekat Mommy, tak salahkan?

Kami nak bela kucing nie sampai hujung hayat, dah rasa sayang sangat dekat diorang. Terima kasih banyak banyak sebab sudi baca luahan hati Sara. Taknak tulis panjang panjang, nanti korang bosan, hehe. Doakan kami disini. Assalamualaikum wbt.

Semoga kisah di atas dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Ini pula min nak share kisah kedua yg lebih mendebarkan kepada pembaca. Tajuk ‘Dia Tak M4ndul, Cuma Rezeki Belum Tiba’

Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi siarkan tulisan aku ini. Betapa peritnya bila diri dikata orang sebab susah nak dapatkan anak. Kat sini, aku nak cerita tentang apa kawan baik aku lalui, Hani. Moga ia boleh dijadikan tauladan buat semua.

Hani seorang wanita berkerjaya agak baik dan kategori sedap mata memandang juga. Datang dari keluarga yang baik-baik. Suaminya hanya biasa-biasa baik dari segi kerjaya mahupun rupa (keturunan SY**). Yang penting, kalau hati sudah suka, semua itu bukan halangan.

Sepanjang berkahwin, beberapa kali Hani keguguran. Tiap kali cuti panjang, Hani diwajibkan balik ke Utara, rumah sebelah suami. 2 tahun sambut Raya Puasa atau Raya Aidiladha, wajib balik Utara juga. Aku ada persoalkan juga kenapa tak balik Selatan sebab dia masih ada ibubapa. Katanya, mentua nak semua anak-anak berkumpul dulu. Raya ke 3 atau 4, baru boleh balik rumah ibubapa dia.

Tahun ke-2 perkahwinan, Hani selalu menangis kat tempat kerja. Katanya mentua dan ipar selalu perli dia m4ndul. Maklumlah, kahwin tak sekufu, pantang silap sikit, mesti kena. Inikan pula melibatkan keturunan yang dia agung-agungkan.

Duitnya banyak habis dengan berjumpa pakar dan beli pelbagai produk untuk dapatkan anak. Jawapan pakar, dua-dua tiada masalah. Pernah sekali dia bertanya pendapat aku cara untuk dapatkan anak.

Salah satu cadangan aku, cuba posisi sekian-sekian. Hani gelak sakan sebab rasa cadangan aku tu main-main. Bila aku tanya, Hani cuma tahu posisi biasa nan satu tu. Aku kaget! Tak cerita dah bab tu lagi.

Kemuncak perkahwinan, semua keluarga ipar datang ke rumah kawan aku. Segala kata nista dihamburkan termasuk perkataan “perempuan m4ndul”. Suaminya “dibawa” bersama selepas serangan tersebut. Mereka bercerrai.

Selepas 2 tahun, Hani berkahwin dengan seorang jejaka berkerjaya agak baik (teruna). Kacak pula tu. Sekarang, sudah hampir 4 tahun dia berkahwin. Tak lama lagi dia akan lahirkan anak ke-3.

Masa baru lahirkan anak pertama dulu, Hani pernah bertembung dengan bekas iparnya di salah sebuah pasaraya. Iparnya memandang sekilas anak di dalam stroller dan muka memang nampak terkejut sangat.

Terus terang aku cakap, anak-anak Hani memang putih melepak dan sangat comel! Aku pernah bergurau, ada hikmah Hani tak dapat anak dengan suami pertama. Kalau tak, g***p macam bekas suami dia. Dia gelak je. Sebab hati aku sakit sangat Hani dituduh m4ndul dulu.

Suami Hani sekarang orangnya family type. Sanggup berhabis duit untuk anak isteri, jaga anak-anak yang sakit dan akan bawa anak isteri bercuti. Kalau dulu, nak bercuti pon, mentua akan ikut bersama kata Hani. Tak pernah sekali pon ada peluang untuk h0neym00n dulu.

Hani kata, dia bersyukur sangat. Ada anak-anak yang comel dan sihat, mentua yang baik dan suami yang sangat bertanggungjawap. Rasa terbalas dengan kesabaran yang dia lalui sebelum ini.

Kata bekas biras Hani si Lin (Hani memang baik dengan Lin), bekas suami Hani hingga sekarang belum berkahwin. Kadang-kadang Lin sengaja cerita tentang Hani dan anak-anak depan suaminya sendiri. Suami Lin buat-buat tak dengar walaupun dia sendiri terkejut masa jumpa anak pertama Hani dulu.

Sekian saja cerita dari kawan baik Hani – Noorul.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: mychannelbuzz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!