Wah, Macam Nilah Tandas Masjid Sepatutnya! ~ Tandas awam sering menjadi igauan buruk penggunanya. Tidak kiralah tandas awam dimana-mana sahaja, sekolah mahupun masjid. Kebanyakan kebersihan tandas-tandas awam ini kurang terjamin sehingga menyebabkan pengguna geli apabila terpaksa menggunakannya.
Walaubagaimanapun, banyak tandas awam kini sudah mula dinaiktaraf bagi memastikan keselesaan pengguna. Ia adalah sesuatu yang amat membanggakan apabila tandas masjid juga tidak terkecuali mendapatkan reka bentuk yang menawan persis tandas di hotel mewah.
Baca juga: “Ini baru orang panggil dalam hati ada taman”- Abang Motor Bawa Kucing Naik Mot0r
Cantiknya Tandas Masjid Ni, Bersih Pulak Tu!
Satu video yang dimuat naik semula oleh page Facebook ZAYAN memaparkan mengenai keadaan tandas sebuah masjid yang begitu bersih dan menarik.
“Wahhh ini memang betul betul hebat! Tiada kata selain hormat dan tabik kami pada ahli masjid yang komited dalam menjaga kebersihan tandas. Semoga kita juga dapat mencontohi tauladan mereka dalam kehidupan seharian, Aaminnn.”
Tandas masjid tersebut mempunyai dua bilik air dengan kemudahan tandas jenis cangkung dan juga duduk. Selain itu terdapat ruangan untuk berwudhuk dan juga dilengkapi dengan sinki serta cermin ‘touchscreen’ untuk menghidupkan lampunya.
Tandas ini kelihatan sangat bersih dan teratur. Lantainya yang kering menyebabkan penggunanya tak perlu pakai selipar pun!
Menurut salah satu balasan komen, masjid ini terletak di Kelantan, Masjid Al Husna, alan Salor, Kota Bharu Kelantan. Barisan ahli ajk masjid yang begitu komited dalam pembangunan masjid memudahkan proses pembinaan masjid ini.
Berikut ialah antara komen yang ditinggalkan oleh warganet di ruangan komen:-
“Kadang2 pengguna suka mengotori tndas, tahap kesedaran sivik masih di tahap rendah. Buang sampah tanpa rasa bersalah..”
“Kebersihan sebahagian dari Iman selagi di kalangan jemaah yg masih abaikan selagi tu sukar nak yakinkan yg Islam pilihan terbaik. Ayuh ubah.”
“Alhamdulillah…rasa bangga dgn Ajk masjid ni”
“Alhamdulillah syukur.moga tandas ni terus terjaga kecantikannya sampai bila²”
“Tandas cantik tu bagus moga sikap org ramai secantik tandas itu jga..sama2lah menjaga nye..”
Apapun, sebagai pengguna kita bertanggungjawab untuk memastikan agar kemudahan awam yang disediakan digunakan sebaiknya. Jangan kotorkan dan jangan rosakkan fasiliti yang telah disediakan.
Tandas masjid dekat rumah anda pula macam mana?
Sumber: FACEBOOK
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.