Pelakon Adam Corrie memutuskan untuk tidak pulang ke kampung bagi menyambut Tahun Baru Cina tahun ini.
Ibu sudah meninggal
Pemilik nama Adam Corrie Lee Abdullah menjelaskan keputusan itu dibuat kerana ibunya telah meninggal pada Disember 2025.
Tahun ini saya tidak sambut Tahun Baru Cina kerana ibu saya baru meninggal dunia.
Jadi, untuk menghormati keluarga saya memilih untuk tidak menyambut perayaan itu.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi simpati daripada netizen, dengan sebahagian daripada mereka mengucapkan takziah kepada keluarganya serta mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Dua bulan lalu, Adam berkongsi khabar duka memaklumkan ibu kesayangannya telah menghembuskan nafas terakhir menerusi perkongsian di media sosial.
Dalam hantaran itu, Adam memohon untuk diberikan ruang dalam menguruskan pemergian mendiang ibunya.
Sumber : Threads

Leave a Reply