Resipi Kuah Bolognese Sedap Boleh Buat Frozen

Resipi Kuah Bolognese Sedap Boleh Buat Frozen

Resipi Kuah Bolognese Sedap Boleh Buat Frozen

Assalamualaikum, hari ni saya nak share resepi Bolognese yang saya guna buat jualan di restoran saya. Yang mana berniaga boleh guna sukatan yang saya bagi ni. Jangan skip barang dan step ya. Insyaallah sedap dan customer suka.

Resepi ni jugak saya guna masa buat jualan COD dan catering dulu. Boleh jugak buat jualan kuah bologneseResipi Oleh: Masmira Idris frozen, ramai customer saya order dulu untuk buat stock di rumah. Boleh buat stock simpan frozen letak dalam bekas buat sekilo-sekilo. Lebih efisen dan jimat masa, nak guna defrost dan panaskan.

Dengan pelbagai bahan seperti daging, bawang holland, carrot, dan cendawan, isi kuah bolognese kita lebih padat. Tomato ranum yang kita grill tu menambah aroma kuah Bolognese kita ya. Kalau nak buat untuk makan sikit-sikit boleh kecilkan sukatan yang saya bagi ni (contohnya nak buat sekilo daging, so semua bahan bahagi 3).

Nota kaki: Minced beef buat sendiri lebih sedap dan rasa segar!.

Bahan-Bahan:

  • 2 kg Bawang holland (dadu guna food processor)
  • 200g Bawang putih
  • 3kg Carrot (dadu guna FP)
  • 200g Cendawan kering (rendam, bilas & perah banyak kali. Dadu guna FP)
  • 3 kg  Daging pejal (hiris nipis, basuh bersih, cincang guna FP)
  • 4 kg Tomato Ranum (grill dalam magic pan)
  • 4 tin bsr Tomato puree
  • 24 botol Kimball Bolognese tradisi 330g (atau prego 680g X 11 botol)
  • 1.5 kg Minyak masak
  • 6 sb Mix herbs
  • 25 helai Bay leaves
  • 800 ml Full cream milk
  • 8 sb Maggi cukup rasa
  • 8 sb Chicken stock
  • 4-5 sb Garam (rasa dulu)
  • 6-8sb Serbuk Black pepper (adjust)
  • Gula sikit (jika perlu untuk balance)

Cara Memasak:

1. Bawang holland, bawang putih, carrot, cendawan, dan daging untuk cicang, sila guna food processor (FP). Blend kering ikut turutan bermula dari bawang holland, bawang putih, carrot, cendawan last sekali daging. Bawang holland boleh campur dengan bawang putih.

 

Ketahui lebih lanjut
Kuih
Rice
Cookies

 

2. Tomato, grill sampai tomato lembut dan kulit dia hangit sikit pastu tarik buang kulit dia. Blend kasar guna FP. Kulit tomato blend halus guna blender butterfly.

3. Untuk masak kuah; Tumis bawang holland serta bawang putih sampai layu. Masukkan mix herbs dan bay leaves, kacau-kacau kemudian masukkan daging cincang. Masak sampai kering air daging.

4. Masuk pula cendawan cincang dan carrot. Kacau sat pastu masuk tomato blend, tomato puree dan Kimball Bolognese. Bilas setiap botol dan masukkan air dalam periuk.

5. Akhir sekali, masukkan bahan perasa, masak dengan api sederhana pelan (reneh) bagi kuah merah dan pekat elok. Selepas 30 minit reneh, masukkan susu full cream. Masak kuah at least 1.5 jam adjust rasa, then siap.

Resipi Oleh: Masmira Idris

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*