Prosiding inkues Zara Qairina bersambung hari ini

Prosiding inkues Zara Qairina bersambung hari ini

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Inkues yang bermula jam 9 pagi mendengar keterangan saksi baharu melibatkan kanak-kanak sebagai deponen ke-64.

Peguam Shahlan Jufri berkata, inkues minggu ini bersambung semula dengan beberapa saksi termasuk kanak-kanak.

“Hari ini saksi kanak-kanak seorang dan kemudian saksi dewasa termasuk doktor pakar psikiatri dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika saksi kanak-kanak selesai hari ini, mungkin diteruskan saksi dewasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam prosiding yang lalu, seramai 64 saksi termasuk kanak-kanak telah memberi keterangan mereka di mahkamah sama.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, selain Shahlan ialah Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Turut mewakili lima pelajar lain yang terlibat dalam inkues ini ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili pelajar A, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Sumber : Sinar Harian

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*