Kongsi Momen Bahagia, Ada Netizen Tuduh Fattah Amin ‘Try Hard’ Nak Nampak Romantik!

Kongsi Momen Bahagia, Ada Netizen Tuduh Fattah Amin ‘Try Hard’ Nak Nampak Romantik!
Selepas sah bergelar suami kepada penyanyi Amira Othman pada Ahad lalu, nama pelakon terkenal Fattah Amin terus jadi bualan warganet.
Menerusi perkongsian di Threads, pasangan ini dilihat begitu bahagia menikmati kehidupan selepas menikah. Malah, mereka turut berkongsi momen manis sebelum berangkat ke luar negara untuk berbulan madu.
Dalam video yang tular, Fattah dan Amira kelihatan saling menyuap makanan, menaiki bot bersama serta meluangkan masa di tepi pantai. Difahamkan, mereka kini berada di Zurich, Switzerland dan dijadualkan meneruskan perjalanan ke beberapa lokasi lain.
Namun begitu, bukan semua netizen selesa dengan perkongsian tersebut. Ada yang menuduh Fattah nampak ‘try hard’ nak romantik dan menganggap ia sekadar konten semata-mata.
Di sebalik komen negatif, ramai juga yang tumpang gembira dan mendoakan rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.
Apa pendapat korang ?

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*