Individu Mewakili Kaum India Mohon Maaf Insiden Pemandu Mabuk Langgar Penunggang Motor – ‘Jangan Sokong Yang Jelas Salah’

Individu Mewakili Kaum India Mohon Maaf Insiden Pemandu Mabuk Langgar Penunggang Motor – ‘Jangan Sokong Yang Jelas Salah’

Seorang pengguna media sosial berbangsa India tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan insiden kemalangan tragis membabitkan seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa seorang individu.

‘Saya minta maaf’ – Isu pemandu mabuk

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut meluahkan rasa kesal dan menyeru masyarakat agar tidak mempertahankan perbuatan yang jelas salah, meskipun melibatkan kaum sendiri.

Saya minta maaf Malaysia. Kami kaum India sebelum ini sudah pun dikecam akibat beberapa isu dan kini sekali lagi terpalit dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian seorang suami dan bapa.

Kepada semua kaum India, jangan sesekali menyokong atau cuba memutar belit perkara yang sememangnya satu kesalahan. Saya sebenarnya tidak gemar menyentuh soal kaum, tetapi perkara ini sudah menjadi serius.

Tambahnya lagi, masyarakat seharusnya menumpukan perhatian kepada keadilan buat mangsa, bukannya mencetuskan perbalahan melibatkan agama atau kaum.

Ini bukan masa untuk kita bertelagah tentang agama atau perbezaan. Pelaku perlu dikenakan hukuman yang setimpal.

Marilah kita fokus kepada keadilan untuk mangsa. Semoga arwah tenang di sana. Hentikan tabiat memandu di bawah pengaruh alkohol.

Terdahulu, seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk dan disahkan positif dadah direman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan maut di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memaklumkan, perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat di Mahkamah Majistret Klang pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi Ahad, mangsa yang menunggang motosikal dilaporkan maut di lokasi selepas tercampak akibat dirempuh sebuah kereta jenis Honda City.

Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan lain sebelum melanggar motosikal mangsa.

Ujian saringan air kencing kemudian mengesahkan suspek berada di bawah pengaruh dadah selain memandu dalam keadaan mabuk.

Sumber: Threads , OhBulan

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*