“Kan dah kena report Polis.. Keluar knyataan pelik. Disahkan YB Fadhlina Sidek kini.. ‎

Fadhlina Sidek Buat Laporan Polis, Nafi Fitnah Kaitkan Dengan Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha

KUALA LUMPUR, 1 Sept 2025 — Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini tampil membuat laporan rasmi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran fitnah yang mengaitkan beliau secara peribadi dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau, Fadhlina menegaskan tindakan itu diambil selepas beberapa individu secara terbuka cuba mengaitkan dirinya dengan pentadbir sekolah terbabit, yang kini sedang disiasat berhubung kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

“Akhir-akhir ini, banyak sekali fitnah direkayasa secara liar dan jahat, serta menyebarkan kebencian. Setakat menepis dan menafikan, ternyata tidak menjadi pengajaran,” katanya.

Nama Arwah Ibu Turut Dijadikan Sasaran

Fadhlina turut meluahkan rasa kesal apabila nama arwah ibunya turut dikaitkan dalam tohmahan tersebut meskipun sudah tiada untuk mempertahankan diri.

“Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini. Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya.

Pengetua & Warden Ditempatkan Sementara Di JPN Sabah

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan bahawa pengetua terbabit, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden SMKA Tun Datu Mustapha telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis terhadap kematian Zara Qairina selesai dijalankan.

Tuduhan Liar Di Media Sosial

Menerusi hantaran sama, Fadhlina turut berkongsi beberapa komen warganet yang menuduh beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pengetua sekolah berkenaan — satu dakwaan yang beliau sifatkan sebagai tidak berasas dan bersifat fitnah.

“Saya Akan Ambil Tindakan Undang-Undang”

Fadhlina menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah ini, selain berharap isu ini menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi melulu.

“Hormati keluarga Allahyarham Zara Qairina dan beri ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.”

“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” katanya.

Latar Belakang Kes

Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 17, ditemui tidak sedarkan diri di sekolah berasrama penuh berkenaan pada Julai lalu dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Inkues untuk menyiasat punca kematian sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dan dijadualkan selama 17 hari.

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*