‘Dia Sangat Peramah, – Sherry Alhadad Cari ‘Abang Jagung’ Di Istanbul

Pelakon dan pengacara, Sherry Al Hadad meluahkan rasa teruja apabila berkesempatan bertemu dengan jejaka penjual jagung yang tular di Istanbul.

Jumpa ‘Abang Jagung’

Ketika ditemui , pemilik nama Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 43, itu mengakui pada awalnya dia tidak mengenali tentang figura lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Sherry kemudian berusaha mencari penjual jagung itu seusai menjalankan beberapa babak penggambaran drama di sana.

Sebenarnya saya tak tahu kewujudan abang jagung. Apabila saya sampai di Istanbul, ramai yang mencadangkan saya untuk mencari dia sebab dia sangat terkenal di TikTok.

Bila saya lihat dia di media sosial, saya terpegun dengan ketampanannya.

Saya ke sana untuk pengambaraan dan selepas tamat sahaja kami bergegas ke tempat berkenaan. Kami jumpa lokasi lelaki itu melalui TikTok tag.

Menurut Sherry, penjual jagung popular itu mempunyai personaliti diri yang baik dan mudah didekati meskipun ramai peminat yang berkunjung ke gerainya.

Dia sangat peramah, mungkin sebab dia sedar dia terkenal. Jadi, dia tahu bagaimana untuk melayani pelanggan dan peminatnya.

Bila saya cakap saya berasal dari Malaysia, dia tahu ramai peminat dari negara kita.

Dia juga berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan. Dia sangat baik. Bukan kita sahaja yang nak bergambar, orang luar negara pun mahu.

Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu Wisma D’Herbs pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon drama Khunza tersebut sempat berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani penggambaran semasa musim sejuk di negara berkenaan.

Satu pengalaman yang berbeza apabila berpeluang berlakon di negara orang.

Memang seronok dapat berlakon di sana

Kalau di Malaysia bila pengarah kata cut kita terus lap peluh di muka. Di Istanbul pula rasa lebih cantik bila tak perlu lap peluh kerana cuaca sejuk.

 

 

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*