“Bertahun kawan baru tahu dia mahir”… Sahabat baik tak sangka Alif Satar pandai guna bahasa isyarat

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengasas produk minuman Hausboom, John Lemon di TikTok, dia tidak menyangka sahabatnya itu mempunyai kebolehan menggunakan bahasa isyarat.

Terbaharu, gelagat Alif, 32, meraih perhatian ramai apabila dilihat mahir menggunakan bahasa isyarat semasa berkomunikasi dengan salah seorang peminatnya yang merupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bertahun kawan baru tahu dia mahir”… Sahabat baik tak sangka Alif Satar pandai guna bahasa isyarat

Untuk makluman, ibu bapa Alif merupakan guru pendidikan khas yang pernah mengajar kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran.

Video yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan sehingga kini telah menerima 1.3 juta tontonan.

Sepanjang berkenalan dengan penyanyi berkenaan, baru dia mengetahui pelakon filem Pulau itu memiliki kebolehan itu.

“Alif Satar ini memang manusia lain dari lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan, Ironman dan seorang yang mahir dengan bahasa isyarat juga.

“Dah bertahun kawan dengan dia baru tahu dia mahir bahasa isyarat,” katanya.

Video yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan sehingga kini telah menerima 1.3 juta tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kemahiran yang dimiliki Alif malah menjadikan penyanyi itu sebagai idola.

Peminat anggap Alif Satar idola yang boleh dicontohi.

“Ini sebab aku mengidolakan Alif Satar sangat, dia berbakat serba serbi.

“Alif ini sangat merendah diri, berbakat besar pula itu. Kira artis serba boleh.

“Dia ini jarang ada gosip, ramah dengan peminat. Memang minat dia dari dulu lagi,” antara komen netizen.

Sumber :Mstar

Leave a Comment

error: Content is protected !!