“Awat Nak Sorok RM400 Tu?” – Peniaga Kek Terkilan Ditegur Pegawai Majlis Lepas Dedah Caj Tapak Niaga

“Awat Nak Sorok RM400 Tu?” – Peniaga Kek Terkilan Ditegur Pegawai Majlis Lepas Dedah Caj Tapak Niaga

“Saya cuma jawab soalan orang… tapi kenapa pula jadi macam saya burukkan majlis?”

Begitulah luahan TikToker dan usahawan kek popular, Faiz Soul selepas didakwa telah ‘memburukkan’ Majlis Daerah Baling (MDB) hanya kerana mendedahkan jumlah sewaan tapak niaga yang dikenakan terhadapnya — sebanyak RM400.

“Berniaga pakai kereta je, bukan pacak khemah pun…”

Dalam perkongsiannya di TikTok baru-baru ini, Faiz menjelaskan bahawa dia hanya menggunakan kereta sebagai gerai jualan kek, tanpa sebarang khemah besar atau struktur kekal. Namun begitu, dia tetap dikenakan caj penuh RM400 untuk sewaan satu petak parkir di kawasan niaga tersebut.

Jumlah itu nyata mengejutkan ramai netizen yang menyifatkan ia terlalu mahal – lebih-lebih lagi apabila Faiz hanya berniaga selama beberapa jam sahaja.

“Niaga guna kereta je. RM400 tu banyak untuk peniaga kecil, bukan macam ada booth besar ke apa,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Awat Faiz dok burukkan majlis?” – Pegawai telefon semasa live

Tindakan Faiz menjawab soalan netizen secara jujur dalam siaran langsung TikTok miliknya ternyata menimbulkan ketegangan apabila seorang pegawai dari MDB menghubunginya secara peribadi, malah ketika dia masih sedang live.

Dalam perbualan tersebut, pegawai terbabit dikatakan mempersoalkan tindakan Faiz menjawab soalan tentang caj tersebut, lalu menyatakan:

“Hello Faiz, awat Faiz dok buat live burukkan majlis? Faiz kata RM400 semua, kami dengaq…”

Faiz yang terkejut dengan panggilan itu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya hanya menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh pengikutnya secara telus.

“Saya tak tipu. Resit ada. Saya pun terkejut bil keluar sehari sebelum niaga. Esok nak berniaga, takkan saya nak tarik diri?”

Lebih mengejutkan, pegawai tersebut mematikan panggilan dengan nada tegang selepas Faiz mempertahankan kenyataannya.

@faizsoul99 #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound – FAIZ SOUL

“Kenapa nak sorok dari orang awam?”

Menurut Faiz, yang membuatkan dia terkilan adalah sikap tidak profesional yang ditunjukkan oleh pihak penguatkuasa. Bukannya soal jumlah bayaran semata-mata, tapi soal ketelusan dan layanan terhadap peniaga.

“Persoalan saya… kenapa saya kena rahsiakan bayaran RM400 tu? Bukankah ini soal hak pengguna dan peniaga? Kenapa perlu takut bila orang tahu?”

Tambah Faiz lagi, ada peniaga lain yang pernah berniaga di lokasi sama hanya dikenakan caj RM250, dan dia sendiri tidak kisah jika kadar naik – asalkan ada penjelasan rasmi dan telus.

Netizen Bersuara: “Kalau betul, tak salah pun dia bagitahu…”

Ruangan komen di TikTok dan Facebook turut dibanjiri sokongan buat Faiz. Rata-rata bersetuju bahawa tiada yang salah dengan pendedahan jumlah bayaran, asalkan maklumat itu benar dan disahkan oleh resit rasmi.

“Benda betul, apa salahnya dia kongsi. Lagipun, niat dia bukan nak viralkan majlis. Dia cuma jawab pertanyaan.”

“Pegawai patut bersikap lebih profesional. Bukannya peniaga yang cari gaduh. Diorang pun ada hak untuk tahu kenapa bayaran berubah.”

Kredit: TikTok @faizsoul

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*