Pasangan adalah merupakan kurniaan Ilahi yang tidak ternilai. Dialah yang dipilih Tuhan untuk menemani kita melalui kehidupan di dunia ini bersama-sama.
Setiap pasangan pasti mendambakan kehidupan yang bahagia. Walaupun tidak kaya mana, yang penting suami/isteri sihat dan ada depan mata sudah mencukupi.
Suami Dermakan Sebelah Buah Pinggang Untuk Isteri
Begitulah kisah cinta sampai syurga yang dipaparkan melalui sebuah video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok (@ayiemahadi) yang juga merupakan seorang doktor.
Video yang memaparkan mengenai kisah suami yang sanggup mendermakan buah pinggang beliau itu telah mendapat lebih 20.8k tanda suka dan hampir 1k perkongsian serta banyak dimuat naik semula di pelbagai platform.
“Hebat suami nih, derma sebelah buah pinggang dia untuk isteri yang tersayang.
Sebelum tolak masuk Dewan bedah, isteri salam suami. Minta doa. Menangis weyh!!
Bilik bedah bersebelahan. Donor & recipient. Living related renal transplant (derma buah pinggang).”
Setiap prosedur perubatan yang dijalankan mempunyai risiko tersendiri. Seperti mengetahui risiko yang ada, pasangan ini sempat dilihat bersalaman meminta maaf dan doa. Dalam prosedur pemindahan buah pinggang tersebut, 3 jam diperlukan untuk mengeluarkan buah pinggang si suami untuk diberikan kepada isteri.
Alhamdulillah, pemindahan buah pinggang tersebut berjaya dijalankan dengan selamat. Semoga cinta suami isteri ini kekal sampai ke syurga. Amin.
@ayiemahadi Suami derma buah pinggang untuk isteri tercinta. Hebat! 😭 #transplant #kidney #anaesthesia #urology #husbandwife #love #demisesuapnasi #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral
BACA JUGA: Wah, Macam Nilah Tandas Masjid Sepatutnya!
Hukum Derma Organ
Saban tahun, jumlah pesakit yang menunggu untuk mendapatkan organ termasuk buah pinggang meningkat. Ini menjadi salah satu sebab utama hukum mengenai derma organ ini dibincangkan dari segi syarak (untuk orang Islam).
Secara mudahnya, transplan atau derma organ adalah proses memindahkan dan menggantikan organ atau tisu yang tidak berfungsi dengan organ atau tisu yang sihat dan masih berfungsi daripada orang lain.
Jenis Organ Yang Boleh Didermakan
Dengan perkembangan moden yang berlaku sekarang, organ-organ yang rosak daripada seseorang boleh digantikan dengan organ orang lain atau penderma. Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung
Hukum Pemindahan Organ
- Pemindahan organ manusia yang sudah mati kepada yang hidup:
Ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa pemindahan organ manusia yang sudah mati kepada yang hidup yang memerlukannya adalah diharuskan dengan empat syarat:
- Hendaklah orang yang diambil sebahagian anggotanya telah mengizinkannya sebelum matinya dan dia adalah seorang yang berakal waras, sudah baligh dan tidak ada paksaan atau telah diizinkan oleh walinya sebelum kematiannya.
- Hendaklah terbukti dan meyakinkan bahawa pemindahan itu akan berhasil pada umumnya.
- Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan itu semata-mata untuk berubat dan bukan untuk maksud dan tujuan lain.
- Tidak ada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.
- Pemindahan organ manusia yang masih hidup kepada manusia yang hidup:
Mengambil organ daripada badan manusia yang hidup dan meletakkannya ke badan manusia lain yang sangat berhajat kepadanya demi menyelamatkan nyawa atau untuk membolehkan mana-mana organnya berfungsi semula adalah satu perbuatan yang harus dan tidak berlawanan dengan suruhan menghormati manusia. Amalan ini diakui oleh syarak dan terpuji khususnya jika ia memenuhi empat syarat:
- Hendaklah persetujuan memberi itu atas kerelaannya dan bukan dengan paksaan.
- Hendaklah pemindahan organ itu merupakan usaha yang terakhir serta dalam keadaan darurat bagi mengubati pesakit.
- Hendaklah dipastikan bahawa operasi mengambil organ dan memindahkannya kepada pesakit itu pada umumnya Berjaya menghasilkan faedah yang diharapkan.
- Janganlah orang yang diambil organnya itu menempuh bahaya yang akan mengganggu keadaan hidupnya yang biasa. Ini adalah kerana kaedah syarak menegaskan bahawa bahaya itu tidak boleh dihapuskan dengan melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya lain yang sama berat dengannya.
Dibolehkan dari segi syarak dalam beberapa keadaan seperti berikut:
- Mengambil organ daripada orang yang telah mati demi menyelamatkan manusia lain yang sangat memerlukannya, dengan syarat hendaklah orang yang diambil daripadanya itu adalah seorang mukallaf dan telah mengizinkannya semasa hidup.
- Mengambil oragan daripada binatang yang halal dimakan dan telah disembelih atau selain daripada itu, dalam keadaan darurat untuk digantikan bagi manusia yang memerlukannya.
- Mengambil sebahagian daripada badan manusia untuk menampalkan atau dipindahkan ke bahagian lain daripada badannya sendiri mengikut keadaan yang diperlukan.
- Memasukkan sesuatu benda ke dalam badan manusia sebagai cara berubat daripada penyakit contohnya, besi ke tulang atau bateri ke bahagian jantung dan seumpamanya. Majma’ al-Fiqh al-Islami berpendapat bahawa kesemua hokum di atas mengikut syarat-syarat yang disebutkan tadi adalah harus.
Sumber: Tiktok, Muftiwp.gov
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.