Dua pelajar perempuan ‘bercakaran’ dalam kelas, guru cuba leraikan pula kena tengking

Dua pelajar perempuan ‘bercakaran’ dalam kelas, guru cuba leraikan pula kena tengking

SEBUAH video memaparkan tindakan dua pelajar perempuan yang ‘bercakaran’ tular di media sosial sejak Jumaat, sekali gus mencetuskan kritikan ramai.

Rakaman berdurasi beberapa saat itu dirakam di dalam sebuah kelas, dipercayai di sebuah sekolah di Kota Langsa, Aceh.

Menerusi video berkenaan, seorang pelajar perempuan yang memakai pakaian seragam sekolah dengan skirt kelabu dilihat bertengkar hebat dengan seorang lagi pelajar di hadapan kelas.

Situasi menjadi semakin tegang apabila seorang guru wanita cuba campur tangan untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Namun, pelajar terbabit dilihat tidak mengendahkan teguran, sebaliknya meninggikan suara, menjerit dan menuding jari ke arah guru berkenaan.

Insiden itu turut disaksikan oleh pelajar lain di dalam kelas, sekali gus menimbulkan suasana tidak terkawal.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pelajar berkenaan.

“Sangat menyedihkan melihat moral generasi hari ini. Guru adalah ibu bapa di sekolah dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian,” tulis seorang pengguna media sosial.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah mahupun Pejabat Pendidikan tempatan berhubung punca sebenar kejadian.

Bagaimanapun, orang ramai berharap agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan segera termasuk memanggil ibu bapa pelajar terlibat serta menyediakan sesi kaunseling bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Sumber: mStar Online

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*