Lebih 400 Stesen Minyak Di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

Lebih 400 Stesen Minyak Di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

MANILA (Bernama-Xinhua) — Lebih 400 stesen minyak di seluruh Filipina telah menghentikan operasi berikutan kenaikan harga bahan api, menurut Polis Kebangsaan Filipina (PNP) pada Isnin, lapor Xinhua.

Jurucakap PNP, Randulf Tuano, berkata dalam satu sidang media bahawa jumlah stesen minyak yang ditutup kini meningkat kepada 403 berbanding 273 yang dicatatkan pada Rabu lalu.

Beliau turut memaklumkan bahawa PNP telah memantau sebanyak 14,313 stesen minyak di seluruh negara, dengan bekalan bahan api sedia ada dijangka mencukupi sehingga pertengahan April.

Selain itu, PNP telah membuka beberapa kes melibatkan penjualan bahan api secara haram, kegiatan penyorokan bekalan serta pencatutan di beberapa lokasi.

Agensi berkenaan juga menyatakan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Tenaga untuk menyelaras siasatan, di samping mempertingkat pemantauan terhadap stesen minyak yang menghentikan operasi susulan syak wasangka bahawa sebahagian penutupan mungkin berkait dengan manipulasi harga.

Sumber : Siakap Keli

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*