Resepi Ayam Masak Ros Nasi Kandar Memang Padu Habis

Resepi Ayam Masak Ros Nasi Kandar Memang Padu Habis

Pertama kali buat Ayam Masak Ros Nasi Kandar Line Clear Penang dari resepi asal Chef Anand Pusudoray. Memang ngam makan dengan Nasi Minyak masa berbuka tadi.
Terima kasih Mr. Chef sebab resepi 100% menjadi 🥰🥰🥰 Sesiapa yang nak cuba, boleh cari resepi penuh di YouTube.
#Edited Resepi ni saya copy kan dari resepi asal Mr. Chef Anand. Cubalah ya.
Bahan2 untuk Ayam Masak Ros:
600gm ayam (bertulang)
1sk serbuk kunyit
1sk garam
*perap selama 30 minit

Untuk bahan kisar A:

40gm halia
40gm bawang putih
20gm cili kering (direbus)
120gm bawang
*kisarkan kesemua bahan sehingga halus

Bahan kisar B:

120gm tomato
80gm lobak merah
10gm gajus
*kisarkan kesemua bahan sehingga halus
Bahan2 yang selebihnya:
200ml minyak masak
1 kayu manis
1 bunga lawang
4 bunga cengkih
4 buah pelaga
1 helai daun pandan
1 bawang besar holland
1 batang serai
1sk serbuk jintan putih
1sk serbuk ketumbar
1/2sk serbuk garam masala
80gm pes tomato dalam tin
80ml santan kotak
Gula dan garam secukup rasa

Cara2 memasak:

1.Panaskan minyak dalam kuali
2.Gorengkan ayam yang telah diperap selama 3 minit atau separuh masak
3.Selepas 3 minit, angkat ayam dan toskan
4.Guna minyak yang sama, gorengkan rempah 4 sekawan
5.Masukkan 1 biji bawang holland yang telah dihiris, goreng sehingga perang
6.Masukkan sehelai daun pandan
7.Tuangkan bahan kisar A, tumis sehingga pecah minyak
8.Setelah pecah minyak, masukkan bahan kisar B dan masakkan selama 2 minit
9.Masukkan 80gm pes tomato
10.Kemudian masukkan ketulan ayam yang telah digoreng separuh masak
11.Sebatang serai yang diketuk
12.Masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan garam masala
13.Tutupkan kuali dan biarkan masak selama 10 minit dengan api yang kecil
14.Selepas 10 minit, buka penutup kuali, tambahkan santan dan gaulkan
15.Tambahkan gula dan garam secukup rasa
16.Renehkan selama 10 minit
17.Tutupkan api dan ayam masak ros telah siap
Selamat berpuasa sahabat2 MAHN ✌🏻✌🏻✌🏻

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*