“Tubuh ‘Overload’ Gula? Cuba 4 Minuman Herba Ini Untuk Bantu Stabilkan Gula Darah 🌿”

“Tubuh ‘Overload’ Gula? Cuba 4 Minuman Herba Ini Untuk Bantu Stabilkan Gula Darah 🌿”

BERIKUT TANDA-TANDA TUBUH BERLEBIHAN GULA

1. Sering haus dan kerap buang air kecil
Tubuh berusaha menyingkirkan lebihan gula melalui air kencing, menyebabkan cecair tubuh cepat berkurang

2. Mudah letih dan mengantuk
Paras gula yang tinggi membuatkan insulin bekerja lebih keras, menyebabkan tenaga tubuh turun naik secara mendadak

3. Penglihatan kabur
Gula berlebihan boleh mengubah cecair pada kanta mata, lalu menyebabkan pandangan menjadi tidak jelas

4. Selera makan meningkat berterusan
Walaupun paras gula tinggi, sel-sel tubuh kekurangan tenaga akibat rintangan insulin

5. Sering mengalami ulser mulut atau masalah gigi
Bakteria penyebab plak dan ulser mulut mudah berkembang dalam keadaan gula yang tinggi

6. Luka lambat sembuh
Kandungan gula berlebihan mengganggu aliran darah dan memperlahankan proses pembaikan sel

7. Kulit gatal, kering, atau muncul tompokan hitam di leher/ketiak (acanthosis nigricans)
Tanda bahawa kadar insulin dalam darah terlalu tinggi

8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas
Metabolisme tubuh terganggu akibat ketidakseimbangan insulin

9. Rasa kebas atau semut-semut di tangan dan kaki
Paras gula yang tinggi boleh merosakkan saraf secara perlahan-lahan

Langkah pertama yang perlu dilakukan :
Perbetulkan pola pemakanan secara semula jadi, amalkan puasa, bersenam, minum air secukupnya, dan elakkan makanan yang boleh meningkatkan gula darah secara mendadak

Amalkan juga minuman herba di bawah ini :

Resipi semula jadi untuk membantu menurunkan gula darah :

1. Rebusan Daun Salam dan Kayu Manis
Bahan :
• 7 helai daun salam
• 1 batang kayu manis
• 400 ml air

Cara penyediaan :
• Rebus semua bahan hingga air tinggal separuh
• Tapis dan minum suam dua kali sehari (pagi dan petang)

Kebaikann:
Daun salam membantu menstabilkan gula darah, manakala kayu manis menyokong fungsi insulin

2. Air Rendaman Lemon dan Kayu Manis (Infused Water)
Bahan :
• ½ biji lemon
• 1 batang kayu manis
• 500 ml air

Cara penyediaan :
• Hiris lemon dan masukkan ke dalam botol bersama kayu manis
• Simpan di dalam peti sejuk selama 3–4 jam
• Minum sepanjang hari

Kebaikan :
Membantu menurunkan rintangan insulin dan memperbaiki metabolisme tubuh

3. Madu bawang putih
Bahan :
• 5 ulas bawang putih, diketuk
• 5 sudu besar madu asli

Cara penyediaan :
• Campurkan bawang putih dengan madu dalam bekas kaca
• Biarkan selama 3 hari
• Ambil 1 sudu makan setiap pagi sebelum sarapan

Kebaikan :
Madu asli membantu mengawal gula darah, manakala bawang putih meningkatkan kepekaan insulin

4. Jus peria dan limau nipis
Bahan :
• 1 biji peria (buang biji dan rendam dalam air garam selama 10 minit)
• ½ biji limau nipis
• 200 ml air

Cara penyediaan:
• Kisar peria dengan air
• Tapis, kemudian tambahkan perahan limau nipis
• Minum 3 kali seminggu

Kebaikan :
Peria mengandungi sebatian charantin yang membantu menurunkan paras glukosa dalam darah

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*