Pelik Ada Ulat Atas Lantai, 2 Lelaki Hilang Ditemui Membusuk Atas Bumbung Masjid

Pelik Ada Ulat Atas Lantai, 2 Lelaki Hilang Ditemui Membusuk Atas Bumbung Masjid

Pada Jumaat lalu iaitu hari terakhir Ramadan, 2 lelaki bernama Iwan, 29, dan Bambang, 44, dilaporkan hilang secara tiba-tiba. Tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga yang terpaksa berdepan dengan rasa resah berbaki beberapa jam sebelum Syawal diraikan. Awalnya, usaha pencarian telah pun dibuat, namun keberadaan mereka berdua masih gagal dijumpai.

Ulat dilihat atas lantai…Bau busuk datang dari bahagian atas bumbung

Setelah memasuki hari raya ke-5, seorang individu yaang sedang membersihkan tempat wudhu wanita di Masjid Desa Pengaradan, Kecamatan Tanjung tiba-tiba menghidu bau busuk. Selain itu, dia juga ternampak ulat-ulat yang mula terjatuh di atas lantai. Tidak menunggu lama, dia segera mengesan bau busuk itu yang muncul dari arah bumbung masjid.

Iwan & Bambang ditemui atas bumbung berdekatan kubah masjid

Alangkah terkejut, Iwan dan Bambang yang sudah hilang selama 6 hari dijumpai terkaku dalam keadaan sudah membusuk. Berdasarkan siasatan lanjut dan pemeriksaan di lokasi kejadian, kedua-duanya dipercayai meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi daripada kabel yang terdedah.

Kedua-duanya diturunkan dengan tali

Laporan lanjut turut berkata, seluruh bahagian mereka mempunyai kesan melecur dan hangus akibat renjatan yang berlaku. Mereka berdua dipercayai menaiki bumbung masjid ketika takbir raya dialunkan pada malam Jumaat tersebut. Tubuh salah satunya hampir bergolek ke bawah kerana berada di hujung bumbung. Pihak berkuasa terpaksa menggunakan tali untuk menurunkan tubuh Iwan dan juga Bambang.

KREDIT : YouTube Tribunnews & CNN Indonesia

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*