Syed Saddiq sahkan bakal bertunang dengan Bella hari ini, lamaran di Gunung Kinabalu

Syed Saddiq sahkan bakal bertunang dengan Bella hari ini, lamaran di Gunung Kinabalu

SHAH ALAM – [KEMAS KINI] Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan beliau akan bertunang dengan Bella Astillah pada Sabtu selepas melamar penyanyi dan pelakon itu di Gunung Kinabalu, Sabah.

Dalam satu hantaran di Facebook, Syed Saddiq berkongsi detik lamaran istimewa yang berlaku di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu ketika hujan lebat dan menyifatkannya sebagai permulaan kisah bahagia mereka.

“Saya melamar, dia kata ya. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati. ALLAH SWT sebaik-baik perancang,” tulis beliau.

Syed Saddiq turut memuat naik video berdurasi 34 saat ketika lamaran tersebut dibuat yang menyaksikan mereka berdua segak dan anggun dengan masing-masing mengenakan baju Melayu dan baju kurung.

Dalam video itu juga, Syed Saddiq dilihat memberikan cincin lamaran kepada Bella semasa misi pendakian mereka di gunung berkenaan.

Sebelum pengesahan rasmi itu, abang Syed Saddiq, Space Dollah mencuri perhatian netizen apabila dalam satu rakaman TikTok secara spontan mengucapkan, ‘Selamat datang ke keluarga (ini)’, ketika menerima hadiah daripada Bella, seolah-olah memberi isyarat bahawa hubungan pasangan itu semakin serius.

Rakaman tersebut kemudiannya menjadi tular dan menimbulkan spekulasi bahawa majlis pertunangan bakal berlangsung pada 28 Mac 2026.

Difahamkan majlis pertunangan pasangan itu akan berlangsung di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pada petang ini.

Sumber : Sinar Harian

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*