[VIDEO] Budak Lelaki Risau Tak Cukup Duit Beli Kasut Raya, Peniaga Belanja Dua Pasang – ‘Sangat Beradab Budaknya’

[VIDEO] Budak Lelaki Risau Tak Cukup Duit Beli Kasut Raya, Peniaga Belanja Dua Pasang – ‘Sangat Beradab Budaknya’

Tindakan ikhlas peniaga kasut yang menyantuni seorang kanak-kanak ternyata telah menyorot perhatian dan menyentuh hati warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, peniaga tersebut dilihat sedang berbual dengan seorang kanak-kanak yang memasang hasrat untuk membeli kasut sempena Hari Raya yang bakal tiba.

Saya nak beli sepasang kasut sahaja tapi nak beli kasut raya sekali.

Saya datang seorang, mak berniaga dekat sini. Mak yang bagi duit sebab tolong berniaga karipap.

Kanak-kanak itu kemudian menghulurkan wang tunai kepada peniaga tersebut, namun risau jumlah yang diberikan tidak mencukupi untuk membeli dua pasang kasut.

Bagusnya kecil lagi dah tolak mak.

Biar abang kirakan duit, adik takut tak cukup ke?

Peniaga berkenaan membuat kejutan dengan menghadiahkan kanak-kanak itu kedua-dua pasang kasut yang disukainya.

Disebabkan adik jawab dua soalan dengan betul, abang nak belanja kasut-kasut ini.

Duit ini adik simpan dan belanja mak.

Kasut yang abang belanja tu, jaga elok-elok.

@wvintagebundle.danaukota Kecik lagi dah tolong mak meniaga . Rezeki adik bulan puasa ni 🥰🥰 📍 W Vintage Bundle Danau Kota #fyp #kasutbundlekualalumpur #bundlekasut #wvintagebundle #wvintagebundledanaukota ♬ original sound – W VINTAGE BUNDLE DANAU KOTA

Sebagai tanda menghargai pemberian tersebut, kanak-kanak berkenaan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih sebelum beredar dari premis perniagaan itu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan sikap peniaga itu yang disifatkan pemurah kerana sudi berkongsi rezeki dengan pelanggannya.

Dalam masa yang sama, warganet juga memuji keperibadian kanak-kanak itu yang dilihat sopan dan percakapannya sangat beradab.

Sumber : Oh Bulan

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*