Untuk berbuat baik, kita boleh buat pada bila-bila masa. Ia juga bukanlah terhad dengan wang ringgit dan harta kekayaan semata-mata. Berbuat baik dikira sebagai sedekah didalam agama Islam.
Sedekah mempunyai maksud yang sangat luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia membawa maksud sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Pemberian itu juga tidak terhad kerana ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja samada kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan agama. Ia juga tanpa mengira kaum, bangsa, bahasa dan agama.
Suatu ketika dahulu, tular sebuah video dimana seorang pakcik yang berbagsa Cina telah membantu seorang lelaki ini yang telah kehabisan minyak motosikalnya. Dia yang sedang dalam perjalanan dari Hulu Langat ingin pulang ke Cheras.
Namun, pada ketika itu nasib tidak menyebelahinya kerana minyak motosikalnya telah habis. Siapa sangka pada ketika itu datang pakcik tersebut memberikan bantuan berupa minyak kepadanya.
BAGI MINYAK DAN TERUS BERLALU PERGI
Didalam video tersebut juga menunjukkan pakcik Cina tersebut datang memberikan minyak dan terus berlalu pergi. Lelaki berkenaan sebenarnya ingin berikan wang untuk bayar balik minyak tersebut namun tidak diterima oleh pakcik tersebut.
VIDEO :
https://youtu.be/YY0aIvHmUbs
RESPONS WARGANET
Perkongsian tersebut telah mendapat respons yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mereka berasa kagum kerana pertolongan yang diberi adalah tanpa mengenal batas agama dan bangsa.
Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka dibantu oleh orang lain saat ditimpa musibah. Seperti perkongsian daripada pengguna Instagram @norsiahmyshah70 ini dimana dia berkongsi kisahnya yang mengalami masalah tayar motosikal pancit 30 minit sebelum berbuka puasa suatu masa dahulu.
Tidak kurang juga yang berkongsi pendapat bahawa sikap sebeginilah yang harus menjadi sikap rakyat di Malaysia. Membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Sesuai dengan masyarakat majmuk yang ada di negara kita ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah lagi komen yang ditinggalkan ini ada benarnya. Moyang kita suatu masa dahulu sudah mengamalkan sikap dan sifat saling menghormati tanpa mengira bangsa dan agama ini. Namun, apabila tiba pada generasi kita, ia seolah-olah semakin menghilang.
Jadi, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengubahnya bermula daripada diri kita dahulu. Barulah kita boleh untuk mengubah masyarakat. Kami yakin jika suatu ketika dahulu kita boleh hidup aman dan damai dalam masyarakat majmuk, sekarang pun kita mampu untuk melakukannya.
SUMBER : Amal Wahab, IG @jentikhati.tv