[VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’

[VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila tampil konsisten mengeluarkan lagu raya terbaharu menjelang Syawal tahun ini.

ada tahun ini, Aliff tidak bersendirian, sebaliknya tampil mengeluarkan lagu raya Mama Papa Raya bersama isterinya, Datin Seri Shahida dan anak-anaknya iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Dalam muzik video tersebut, Aliff menampilkan keakraban dan keharmonian hubungan kekeluargaan bukan sahaja bersama keluarga tetapi juga bersama barisan pembantu.

Lebih mencuri perhatian ramai, apabila anak sulung Aliff iaitu Ammar yang terkenal dengan sikap pendiam muncul sebagai salah seorang penyanyi.

Muzik video itu kemudian menarik perhatian netizen yang memuji suasana meriah dan penuh keceriaan sambutan Aidilfitri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Aliff kerana menghasilkan lagu raya yang rancak serta menampilkan kelainan tersendiri.

Malah, netizen turut terhibur dengan usaha berterusan Aliff yang dilihat tidak pernah gagal mencuri tumpuan setiap kali musim perayaan.

Sumber: Youtube , OhBulan

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*