Tips Sukatan Air Untuk Agar-Agar Tali

Tips Sukatan Air Untuk Agar-Agar Tali

Korang pernah tak buat  agar-agar terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar-agar dalam gambar ni contoh je. Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting berat dan sukatannya.

Ni saya nak share tips sukatan agar-agar. Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak-jinak. Yang dah power-power tu mungkin ada formula sendiri;

  • agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit
  • agar-agar tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok
  • agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit

1. Size cawan ni size cawan standard. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye. Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar. Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.

2. Kejadian agar-agar tu Ikut suka korang, nak keras ke lembik ke sedang. Yang penting tak lari dari formula ni. 7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit).

3. Pastu kalau rakyat korang tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak-kanak je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar-agar untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga-bunga tu, size yg kecil. Ngam untuk sekali makan.

4. Sukatan agar-agar Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar-agar tali tu. Camne nak dapat 1/4 tu?

5. Caranya: Bayangkan 1 pack agar-agar tali 20 gram tu, dibahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair. Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan. Dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.

6. Kalau dadih dan jelly kelapa biasanya lembut sikit dari agar-agar kan?. Jadi korang boleh guna 20 gram agar-agar tali bersama 9 cawan cecair. Kalau nak gedik lagi sikit, buat 9 1/2 cawan cecair. Jangan lebih.

Sukatan Tau Fu Fah

7. Dah alang-alang sebut pasal agar-agar ni, saya nak share sekali sukatan agar-agar untuk buat taufufah. Nak buat taufufa guna agar-agar tali lain pulak sukatannya ye.

  • 4 gram agar-agar tali = 1 liter air soya kotak/air soya perah sendiri + 1 cawan air

8. Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram? Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar-agar tali 20gram tu ada 4 bahagian. Setiap bahagian ada 5 gram. 5 gram x 4 = 20 gram. Korang Guna 1 bahagian je (5 gram).

9. Tapi 1 bahagian (5 gram) tu tinggalkan sikit. Sebab nak guna 4 gram je kan. So, Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kt pasar malam tu.

10. Dan, biasanya air susu soya dalam kotak besar tu kandungannya adalah sebanyak 2 liter. Jadi korang gunakan agar-agar tali tu cuma 2 bahagian je la (8 gram). Bersama 2 cawan air.

  • 8 gram agar-agar tali + 2 liter air soya + 2 cawan air = taufufah

11. Contoh lain ~ 20 gram agar-agar tali + 5 liter air soya + 5 cawan air = taufufah

Tu je la tips. Sharekan la jika bermanfaat.

Sumber : Resepi Bonda

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*