Tanggang Zaman Moden, Anak Tergamak Membuang Ayahnya Yang Disahkan Positif COVID-19 Di Tepi Jalan

Tanggang Zaman Moden, Anak Tergamak Membuang Ayahnya Yang Disahkan Positif COVID-19 Di Tepi Jalan

Tanggang pada zaman moden, begitulah seperti kisah pasangan suami isteri yang berasal dari Nakhon Ratchasima, Thailand ini yang didakwa tergamak membuang bapa berusia 80 tahun di tepi jalan berhampiran sebuah kuil hanya kerana warga emas itu disahkan positif COVID-19.

Memetik laporan Bangkok Post, kisah sedih itu dikongsi oleh seorang petugas kesihatan di Hospital Bua Yai menerusi laman sosial Facebook.

Menerusi hantaran berkenaan, petugas itu turut memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan warga emas tersebut yang sedang terbaring lemah di atas jalan berhampiran sebuah kuil.

Dipercayai ditinggalkan bersama beg berisi pakaian

Petugas kesihatan itu meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan anak perempuan dan menantu warga emas berkenaan.

Menurut Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai anak perempuan dan menantu kepada lelaki tersebut meninggalkan bapa mereka di kuil pada Ahad lalu.

Ketika kejadian, warga emas itu ‘dibuang’ bersama beg berisi pakaian sebelum pasangan suami isteri terbabit beredar menaiki sebuah kereta.

Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham pula memaklumkan warga emas berkenaan dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.

Thaebtham meluahkan kekecewaan dan menyatakan perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana ia menyebabkan risiko jangkitan Covid-19 kepada individu lain.

Justeru, warga emas itu kemudiannya dibawa ke hospital di wilayah Khon Kaen untuk rawatan lanjut.

Anak cuba nafikan dakwaan

Bagaimanapun ketika ditemubual oleh pihak media, anak perempuannya menafikan kejadian tersebut dan mengatakan bahawa bapanya yang ingin berjumpa sami di kuil tersebut.

Jadi, dia telah membawa bapanya ke kuil itu dan meninggalkannya di situ.

Selain itu, wanita dikenali sebagai Janya itu mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui bapanya dijangkiti COVID-19. Kini, dia juga berkemungkinan menghidap COVID-19 setelah menjalani ujian mengesan virus tersebut.

Susulan kejadian itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat warga emas berkenaan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

BB: Tergamaknya. Sedarlah bahawa reda Allah terletak pada reda mak ayah kita.

Sumber: Bangkok Post (Prasit Tangprasert) / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!