Sebak hingga menitis air mata, Adriana Adnan teruja dapat bergambar dengan Park Seo Joon

Sebak hingga menitis air mata, Adriana Adnan teruja dapat bergambar dengan Park Seo Joon

Kata Adriana, 28, dia tidak menyangka menjadi antara individu yang memenangi cabutan bertuah bertemu dengan pelakon Itaewon Class itu.

“Saya hanya mahu berjumpa dengan dia, tetapi tidak sangka pula dapat peluang untuk bertemu secara dekat untuk sesi fan signing,” katanya ketika ditemu bual pengacara majlis.

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan sebak hingga menitiskan air mata apabila berpeluang bertemu pelakon terkenal dari Korea iaitu Park Seo Joon dalam sebuah acara yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya , Selangor, pada Sabtu.

Sementara itu, Adriana ketika ditemui mStar memberitahu dia sangat mengagumi personaliti yang dimiliki Seo Joon.

Menurutnya, aktor itu seorang yang ikhlas dan sifat itu dapat dilihat menerusi setiap lakonan dalam drama dibintanginya.

“Saya memang suka sangat dekat Seo Joon sejak drama Fight For My Way pada 2017. Lakonannya sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk saya kerana dia seorang yang ikhlas.

“Tadi masa dapat bertemu dengan dia saya boleh nampak dia memang baik dan saya sangat gembira serta betul-betul tidak sangkat dapat berjumpa sedekat itu,” ujarnya.

Saya hanya mahu berjumpa dengan dia, tetapi tidak sangka pula dapat peluang untuk bertemu secara dekat untuk sesi fan signing.

Dalam pada itu, Adriana berkata dia sudah bersedia jika dikecam netizen gara-gara menangis kerana dapat bertemu pelakon berkenaan.

“Semua orang ada idola mereka sendiri. Saya memang minat menonton drama korea. Dengan usaha sendiri untuk masuk peraduan, saya tidak guna tiket sebagai media atau pelakon.

“Saya tahu memang akan ada netizen yang mempertikaikan reaksi spontan (menangis) saya tadi. Saya ini memang jenis expressive.

“Biasalah bila dah jumpa idola sendiri kan. Saya rasa orang lain pun macam tu. Cuma bezanya, reaksi mereka tidak direkod,” ujarnya.

Selain Adriana, kehadiran bintang Korea itu turut diraikan oleh 300 pemenang peraduan Jom Minum Milo bersama Park Seo Jun di Malaysia dan ratusan pengunjung di Sunway Pyramid.

Pertama kali mengunjungi Malaysia, Seo Joon tidak menyangka menerima sambutan yang luar biasa daripada peminat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir pada hari ini dan tidak sangka ia seramai ini.

“Saya dapat tahu Milo adalah kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Jadi, saya berbangga untuk berada disini bersama peminat,” katanya.

Paling istimewa, Seo Joon turut mempromosikan minuman Milo 3 In 1 yang dirasakan cukup mudah untuk disediakan.

Aktor Korea itu turut menunjukkan bakat membancuh air Milo dan cuba untuk berbahasa Melayu dengan menyebut ‘Jom minum Milo’.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!